Assalamualaikum,
Selamat Petang.
FOLLOW-UP UNTUK REVIEWS KEPUTUSAN DARAH BAGI MASALAH HYPERTIROID | 24 Julai yang lalu Fiza ke KK berdekatan tempat tinggal Fiza untuk ambil darah bagi tujuan TFT. Then, 24 Ogos follow-up untuk reviews result darah tersebut. Ternyata result still dalam range tak normal selepas 6 bulan. TSH : 74.7 dan T4 : 3.77. Doktor kata fokus on T4. T4 Fiza dah terlampau rendah dah...
Kemudian, untuk result echo dan holter jantung haritu so far doktor kata ok takde masalah. Untuk USG leher haritu... Doktor still tak nak ambik sample, nak tengok progress makan ubat macam mana. If Fiza ada masalah menelan, cepat-cepat ke hospital. Tu jela. So far, setakat ni takde saranan untuk buat RAI ataupun pembedahan.
Jadi plan doktor, ubat carbimazol Fiza dikurangkan... Iaitu daripada 4 biji kepada 2 biji. Makan sekali sehari. Kemudian, untuk propanolol still makan separuh biji dua kali sehari. So far, dua hari dah makan ikut saranan ok je.
Selain tu jugak, doktor bagitau. Selepas 4 bulan nanti Fiza akan repeat ambik darah lagi untuk TFT. Sekiranya result masihhh lagi rendah pada masa tu... Kemungkinan Fiza akan diberhentikan ambik ubat untuk jangka waktu tertentu. Nak tengok boleh normal balik ke tak. If normal, follow up ambil darah macam biasa jelah untuk monitor paras hormon tiroid macam mana. If tak, kena tengok apa planning doktor seterusnya.
Pada Fiza, ikut jela saranan doktor. Mereka lebih pakar. Kalau tak sihat atau ada simptom cepat-cepatla ke hospital. Fiza dah berdamai dahh dengan penyakit ni. Fiza yakinnn... Allah tak akan uji hambaNYA di luar kemampuan. Setiap yang berlaku, kita kena lihat pada hikmah disebaliknya.
Jujur Fiza katakan... Mula-mula dapat penyakit ni dulu, Fiza tak boleh terima... serius! Hari-hari nangis. Jiwa terasa kosong... Dulu Fiza jarang baca Al-quran. Jujur! Berzikir pun sama... Tapi, bila semua tu menjadi sahabat. Alhamdulillah, Fiza mulai menerima takdir ini. Hidup terasa lebih tenang. Syukur sangat-sangat. Doakan Fiza agar terus istiqomah ye.
So, follow the flow...
Doakan next checkup Fiza ye kawan-kawan... Semoga result semakin membaik. Aamiin... Mudah-mudahan hendaknya.
Fiza stop kat sini dulu okeh. Selamat berhujung minggu semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Fiza. Nanti Fiza balas jejak okeh!
2 Comments
semoga fiza akan sembuh nanti. InsyaAllah...
ReplyDeletesinggah sini sat ^^ & follow dari http://www.thefox.my/
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.