Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
SEDAP TAK BUAH DONUT PEACH YANG VIRAL TU? | Baru-baru ni, viral mengenai sejenis buah... Iaitu buah donut peach yang menjadi buruan ramai. Apa yang menarik sangat mengenai buah peach donut tu sehingga tular di pelbagai platform media sosial?
Dalam hati Fiza, terdetik jugak... Di mana hendak cari donut peach near me? Hurmmm... Setahu Fiza, di area Betong ni susah nak dapat benda-benda viral ni. Kecuali di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu dan sebagainya. In Shaa Allah, ada...
Teringin jugak nak merasa sebenarnya, tapi Fiza simpan jela dulu hasrat tu. Walaubagaimana pun... Nak dijadikan cerita, rezeki Fiza. Hari Sabtu... Adik yang tinggal di Samarahan balik kampung. Dia ada belikan buah donut peach. 5 biji RM29. Murah ke mahal? Korang nilailah sendiri ye. Hehehe...
Dia beli di Aiman Mall, Samarahan. Tak beli banyak... takut ada yang tak suka makan. Nanti membazir pulak. Kan?
Asal Usul Buah Peach Donut Viral
Buah pic ini sebenarnya berasal dari negara China.
Selain dikenali dengan nama pic donut atau flat peach, ia juga disebut sebagai Saturn peach.
Nama ‘Saturn’ diberikan kerana bentuk buah ini yang pipih, hampir mirip dengan cincin planet Zuhal atau Saturn.
Walaupun buah ni mungkin kelihatan asing di Malaysia, namun ia telah lama menjadi sebahagian daripada diet orang ramai di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Ini kerana ia banyak ditanam di negara-negara tersebut.
Fakta nutrisi buah pic donut
Alang-alang dah bercerita pasal buah donut peach. Ia adalah sumber yang baik bagi kita untuk mendapatkan vitamin A dan C, selain kaya dengan serat pemakanan.
Selain itu, ia juga mengandungi potasium yang penting untuk kesihatan jantung.
Ia turut mengandungi niasin dan vitamin E, yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dan sistem imun.
Dengan hanya sekitar 50 kalori bagi setiap biji pic donut, ia adalah pilihan yang sihat untuk dijadikan sebagai snek setiap hari.
Kandungan serat yang tinggi dalam buah ini dapat membantu proses pencernaan.
Vitamin C yang terkandung di dalamnya pula berfungsi sebagai antioksidan dan membantu dalam pembentukan kolagen untuk kesihatan kulit.
Selain itu, vitamin A dalam buah ini juga penting untuk kesihatan mata dan peningkatan sistem imun.
Kesan sampingan jika makan terlalu banyak buah pic donut
Walaupun pic donut adalah sumber nutrisi yang baik, namun ia masih boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan jika ianya diambil secara berlebihan.
Sebagai contoh, makan terlalu banyak buah yang kaya dengan serat ini boleh menyebabkan sembelit, terutamanya jika kurang minum air.
Selain itu, buah ini juga mengandungi cukup banyak kandungan gula semula jadi. Oleh itu, ia mungkin tidak sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes.
Buah ini juga mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan kepada mereka yang alah terhadap buah pic. Baru-baru ni pun ada yang share di tiktok di mana wanita tersebut... 15 minit lepas makan buah pic donut, terus mengalami sesak nafas dan gatal yang amat sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
So, kena berpada-padalah ye. Buah yang tak pernah kita makan ni kenalah waspada. Fiza makan pun buat rasa je.
Pendapat Peribadi Tentang Buah Pic Donut
Pada Fiza, first impression memang ingat sedap sangat dan kemudian mesti nak repeat beli.
Bila dah makan, Fiza tak berapa suka dengan kulit buah pic ni... Sebab berbaldu.
Then, dari segi rasa pulak... Biasa-biasa je. Rasa macam buah pear pun ada jugak. Takdelah seperti kita makan buah durian. Rasa nak makan dan nak makan lagi.
Kalau nak repeat beli, tak kot... Sebab tak berapa minat dengan rasanya.
That it's pendapat Fiza tentang buah ni. Korang dah try makan buah peach donut ni?
Kesimpulan
Walaupun buah ini sedang viral di Malaysia, penting untuk kita mengetahui manfaat, nutrisi dan had pemakanannya agar tidak memberikan kesan sampingan lain kepada tubuh... Okeh!
Alhamdulillah, atas rezeki akhirnya dapat jugak merasa buah yang viral ni. Jangan sik ekot hal orang... Bak kata orang Sarawak. 🤭
16 Comments
Nanti ada rezeki harap dapat saya merasa
ReplyDeleteIn Shaa Allah sis.
DeleteAkk belum try lagi buah viral ni ..yg teringin nak cuba muscat grapes tu hehe
ReplyDeleteTry la kak, mana tahu suka... 😋
Deletebuah ni dah lama ada dipasaran kan tapi tak tahu la macam mana boleh jadi viral sekarang ni
ReplyDeleteOh yeke. Fiza kalau tak viral, memang tak tau pasal buah ni.
Deletekamek lom juak teringin mok merasa donut peach viral tok sbb kmk nang bukan peminat buah peach fresh. Mun buah peach dalam tin ok gik.
ReplyDeleteYakah. Belum gik coba dalam tin. Kelak mek carik.
Deletebiasa biasa je buahnya. ada orang beli dan hadiahkan pada mak masa melawak mak dirumah. kita pun apa lagi. makan lah satu. kulitnya tak berapa nak best sebab baldu hahaha. macam aneh sikit
ReplyDeleteKan... Samalah pendapat kita. Tak suka kulit dia yang berbaldu tu. Rasa pun biasa² je.
DeleteMungkin viral kerana bentuknya yang rare tu
ReplyDeleteRasanya biasa2 sahaja
Tu la wak. Fiza pun fikir macam tu jugak. Kalau dari segi rasa, takde yang unik pun.
Deleteammi masih belum mencuba lagi...selalu gitu. bila dah tamat musim viral barulah terhegeh2 dan barulah masa tu harga pun takdelah melampau2
ReplyDeleteTakpe Ammi. Kita geng, tak kisah sangat pasal benda viral ni. Kalau ada, adalah... Kalau takde takpe. Nanti² merasa jugak. Lagipun kalau dah lama harga turun dah. Kan?
DeleteWaw.. Voleh tahan harga kat sana... Sekali seumur hidup try pun dh ok ler 😄
ReplyDeleteTula Nona, tengah viral tu harga naik melambung kot. Tunggu reda sikit mungkin harga akan jatuh. 🤭
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.