Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
IKAN TENGGIRI GORENG, MENU SIMPLE ANAK-ANAK PUN SUKA | Sementara storage phone tengah penuh dengan gambar, Fiza update kat sini... Dah boleh delete dah apa yang patut. Dari dulu Fiza memang suka snap gambar makanan. Bila ada kesempatan untuk update di blog... In Shaa Allah, adalah bahan ceritanya. Hehe...
Actually, ni kisah minggu lepas before bercuti di rumah mertua. Masa tu ada jemputan kawin dari jiran. So, cadang nak gerakk 'pengilan' dalam pukul 11 ke 12 tengahari. Jadi, pagi tu tak tahu nak breakfast apa. Tengok dalam rice cooker ada lebihan nasi. Then, dalam freezer ada ikan tenggiri je. So, datangla idea nak masak nasi goreng dan ikan tenggiri goreng je untuk sarapan. Settle...
IKAN TENGGIRI GORENG, MENU SIMPLE ANAK-ANAK PUN SUKA
Nak goreng ikan tenggiri tersangatlah mudah. Paling penting part siang ikan. Kena tahu, kalau tak ikan akan berbau hanyir. Cara Fiza nak buang hanyir ikan, sangatlah simple... Ambik limau kasturi, lumurkan atas ikan. Biarkan sekejap, lepas tu cuci. Kemudian, before goreng... Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak... Baru masukkan ikan. Mudahkan...
Kenapa suka makan ikan tenggiri?
Fiza suka beli ikan tenggiri ni sebab tak banyak tulang. Senang nak bagi anak-anak makan. Tak risau bab tercekik tulang. Kan?
Lagipun anak-anak Fiza memang suka makan ikan tenggiri selain ikan kembung. Selain digoreng, ikan tenggiri juga sedap kalau dimasak kari atau berkuah sos.
So far, terbaru harga untuk ikan tenggiri seekor atau 2 ekor di mana lebih kurang sekilo jugak beratnya... Dijual dengan harga lebih kurang 18 ke 19 ringgit sekilo. Murah ke mahal...
Tempat korang macam mana? Adakah sama dengan harga di tempat Fiza sekarang ni?...
8 Comments
Ikan tenggiri sedap... Tp, tula anak2 x reti sgt makan ikan.. Lepas nie boleh try kot
ReplyDeleteAnak² Fiza pun tak semua jenis ikan dorang makan. Jenis tak bertulang je dorang nak. ☺
DeleteLamak dah sik makan ikan tenggiri goreng. Gik kecik2 dolok tok la selalu dihidang mak kmk, makan dgn sayur buncis goreng dgn udang. Kinek tok dah tua bangka tok jadi lejuk dgn ikan tenggiri goreng 😅
ReplyDeleteAok, mun selalu gilak makannya boleh lejuk juak olehnya.
DeleteMakan ikan tenggiri waktu pantang je. Hihi. Kurang sikit makan ikan. Tu menurun kat anak2 tak suka ikan 😊
ReplyDeleteby the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)
In Shaa Allah nanti Fiza terjah giveaway tu. ☺
Deletetenggiri masak kicap pn nyaman.. mun kmk dh goreng ikan... setengah polah kicap atau sambal... jadilah 2 menu dpd ikan yg sama... hehehe... ya pun mun mood rajin la
ReplyDeleteAok, masak kicap pun nyaman juak.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.