Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Jumaat Terakhir 2023 Dan Kisah Follow Up | Next week dah masuk tahun 2024 dan harini merupakan hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2023. Alhamdulillah, ke atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Semoga tahun-tahun yang akan mendatang menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya hendakNYA.
Semalam merupakan follow up terakhir Fiza untuk tiroid bagi tahun 2023. Next checkup untuk pertama kali pemeriksaan bagi tahun 2024 pula adalah pada bulan Mac 2024 di mana Fiza sekali lagi diarahkan untuk buat full medical checkup. Yelah, dah setahun makan ubat kan... Mestilah nak tengok fungsi organ, kolestrol ok ke tak. Ada darah tinggi ke tak... Ada kencing manis ke tak? Dah 40 series ni kenalah rajin buat medical checkup. Kan? Walaupun hakikatnya, kekadang malas betul nak queue di hospital. Betul tak?
Kemudian...
Hasil checkup semalam, so far paras hormon tiroid Fiza semakin membaik. Dos ubat pun dah dikurangkan lagi... Daripada, Bulan Ogos lepas 2 biji carbimazole dan ½ biji proponolol. Now dah jadi sebiji je carbimazole. Alhamdulillah... Doktor kata, if hormon dah stabil kemungkinan untuk stop ubat akan dibuat pada next year... Nak tengok sama ada hormon tiroid Fiza boleh ke tak stabil tanpa ubat.
Doakan Fiza yea, semoga semuanya dipermudahkan hendaknya. Lama tak menaip mengarang story ni... Otak tepu. Haaha...
Apa-apa pun... Akhir kata, andai ada tersilap bahasa... Ampun maaf Fiza pohonkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan takk elok itu datangnya dari diri Fiza sendiri. Wallahu'alam...
6 Comments
Alhamdulillah nampaknya keadaan fiza regards to the tiroid bertambah baik 🤲 Semoga tahun baru bawa sinar baru Insha Allah
ReplyDeleteAamiin. Mudah-mudahan hendaknya.
Deleteselamat tahun baru Fiza..moga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang usia,diberikan rezeki yang terbaik yang membahagiakan hari-hari kita
ReplyDeleteSelamat tahun baru. Aamiin...
DeleteAlhamdulillah, semoga kita makin sihat dan cepat pulih sik perlu bergantung dgn ubat hormon agik 🤲🏻
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.