Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Kembali Update Blog | Korang apa khabar? Lama betul tak update blog, kan! Update ni pun bila perasan ada email dari orang yang nak collaboration dengan blog Fiza. Hahaha... Kena warming up dulula kan... Selalu je masuk blog, cuma tula... Bila dah lama tak aktif, otak jadi tepu tak tau nak taip apa, nak share apa. Mesti korang pernah hadap kan situasi macam ni.
Selamat Pagi.
Kembali Update Blog | Korang apa khabar? Lama betul tak update blog, kan! Update ni pun bila perasan ada email dari orang yang nak collaboration dengan blog Fiza. Hahaha... Kena warming up dulula kan... Selalu je masuk blog, cuma tula... Bila dah lama tak aktif, otak jadi tepu tak tau nak taip apa, nak share apa. Mesti korang pernah hadap kan situasi macam ni.
Alhamdulillah, masih lagi direzekikan untuk bernafas. Pasal kesihatan, so far hipertiroid Fiza dalam keadaan terkawal. Semalam Fiza dah pun ambil darah lagi untuk kali ketiga, di mana doktor nak trace lagi perkembangan hormon tiroid Fiza balik setelah 3 bulan makan ubat dengan dose yang telah diturunkan daripada 4 biji kepada 2 biji. Doakan semoga keputusannya nanti semakin membaik hendaknya. Aamiin... Doakan Fiza yea. In Shaa Allah, 28hb nanti Fiza akan jumpa doktor untuk dapatkan keputusannya.
Sepanjang tak aktif berblog tahun ni, Fiza banyak habiskan masa untuk scroll tiktok dan mencari maklumat berkaitan dengan penyakit Fiza. For those yang baru singgah di blog Fiza, pada yang tak tahu... Fiza merupakan seorang pesakit hipertiroid.
Sebelum ni, Fiza tak boleh terima penyakit ni. Then, takde kekuatan pun nak share tentang apa maksud penyakit ni? Cuma Fiza hanya berkongsi tentang kisah ulangalik Fiza ke hospital klinik ambil ubat je kan.
Apa itu hipertiroid?
Actually, Hipertiroidisme adalah di mana peningkatan penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid. Di bawah kawalan hormon merangsang tiroid (TSH) dari pitituari, kelenjar tiroid menghasilkan hormon-hormon tiroid tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3).Kelenjar tiroid terletak di leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid yang mengawal banyak aktiviti di dalam badan kita.
Antara fungsi kelenjar tiroid termasuk mengawal kadar kalsium di dalam darah, menguatkan metabolisme, merangsang aktiviti jantung, sistem saraf dan mengawal suhu badan.
Hormon tiroid yang terlalu banyak, walaubagaimanapun, akan menyebabkan simptom-simptom hipertiroid.
Baca Juga : Masuk ward gara-gara jantung laju
Simptom Atau Tanda-Tanda Penyakit Hipertiroid?
Antara simptomnya termasuklah kegugupan, berpeluh, letih, dan degupan jantung yang laju atau melangkau atau irama jantung tidak normal yang lain seperti fibrilasi atrium.Simptom yang lain adalah mata tidak selesa, penurunan berat badan, sensitif pada panas, dan pergerakan usus yang kerap atau cirit-birit.
Mereka yang ada penyakit Graves mempunyai kelenjar tiroid yang besar (goiter) dan mata yang membonjol (exophthalmos).
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom apa itu hipertiroid yang tidak disenaraikan di atas. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. If rasa tak sihat, cepat-cepatla berjumpa dengan doktor.
Tu serba sedikit tentang penyakit hipertiroid. Nanti ada masa Fiza sambung bab lain pulak.
Setakat harini so far bila dah on ubat, gejala-gejala yang Fiza alami sangat-sangatlah berkurang. Alhamdulillah...
6 Comments
Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan buat Fiza.. Welcome back!
ReplyDeleteSemoga Allah sembuhkan segala penyakit yang ada .. Amin!
ReplyDeleteHarap2 beransur sembuh dan kembali sihat seperti sediakala
ReplyDeleteSelamat kembali kak...Moga dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk akak..May Allah bless you <3
ReplyDeletehai fiza!! welcome back!!! hypertiroid tok bkn penyakit rare dah... dh biasa juak dgr org ada penyakit tok... just follow the flow & jaga kesihatan ktk jak.. ubat jgn lupak... app dgn doc jgn skip... enjoy iboh stress² k
ReplyDeletealhamdulillah, semoga dipermudahkn urusan kesembuhan fiza...
ReplyDeletelinda baru di sini..salam kenal ya
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.