Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Lama dah tak melayan drama yang bersiaran selepas jam 10 malam. Tak tahu dah perkembangan drama macam mana. Yelah! Lama tak update kan. Dulu, kalau ada drama terbaru... Fiza akan ambik masa untuk update. Bila dah lama tak update pasal drama, semua jadi sendu. Apa-apa pun, Fiza cuba untuk rajinkan diri semula untuk mengemaskini balik apa yang patut. In Shaa Allah...
Ok...
LAYANG-LAYANG PERKAHWINAN DI ASTRO RIA, DALAM SLOT MEGADRAMA
Tengok promo, nampaknya ada megadrama terbaru di channel 104... Berjudul layang-layang perkahwinan. Bila tengok tajuk, teringat pulak drama Indonesia yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu... Berjudul layangan putus. Adakah dua drama ini mempunyai persamaan?. Nak tahu, bolehla ikut menonton drama ni di Astro Ria 104, setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam bermula 8 January 2024. Drama ini akan bersiaran selama 28 episod.
PELAKON DAN WATAK
Kemudian, Antara barisan pelakon dan watak yang mereka akan bawa atau lakonkan dalam drama ini adalah seperti berikut :-
- Shukri Yahaya sebagai Azim Hasibullah
- Ezzanie Jasny sebagai Saida Amanda
- Keith Foo sebagai Ammar
- Alya Iman sebagai Tsuraya
- Arash Mohd sebagai Hasibullah
- Nina Juren sebagai Laeli
- Lisdawati sebagai Umi / Nenek
- Aishah Ilias sebagai Maryam
- Haidar Hasanudin sebagai Arjuna
- Natasha Elyzza sebagai Nur Maya
- Aidan Razeen sebagai Atheer
- Kenji Sawahii sebagai Latiff
- Zaid Erakad sebagai Fatih
- Nik Rifaie sebagai Zack
- Maz Matsor sebagai Mbak Ayu
SINOPSIS DRAMA LAYANG-LAYANG PERKAHWINAN
Drama ini berkisar tentang konflik dalam sebuah keluarga, yang mana di sebalik kesempurnaan, tersimpan rahsia besar. Apakah rahsia tersebut?
Ia mengisahkan tentang kisah hidup Saida. Saida adalah isteri yang sempurna kepada Azim. Saida tidak menyedari dirinya telah dicurangi oleh Azim.
Bagaimanakah Saida akan bangkit untuk menyelamatkan perkahwinan mereka daripada bermasalah? Dan mampukah rumahtangga mereka diselamatkan?
Macam menarik je kan, jalan ceritanya. Tambahan pulak Shukri Yahaya yang jadi hero dalam ni. Kalau dia, mesti best jalan ceritanya... Tapi kali ni dia digandingkan dengan Ezzanie Jasny sebagai pelakon utama. Adakah dorang serasi ke tak?... Fiza tak berkesempatan lagi tengok ulangan drama ni. Nak tengok on time jam 10 malam, memang tak lah. Hahaha. Fiza dah insaf dah. Tak mau dah tido lewat-lewat macam dulu. Hehe...
Siapa dah layan drama ni, jomla share pandangan korang tentang drama ni di ruangan Komen. Best ke tak?
#dramaterbaru
#megadrama
#layanglayangperkahwinan
1 Comments
lama sungguh x tgk tv
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.