Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Buku Fa Innī Qarīb | Buku terbaru dalam koleksi Fiza untuk bulan pertama tahun ni adalah 'Fa Innī Qarīb' yang mana membawa maksud maka sesungguhnya Aku amat dekat. Buku ini merupakan sinopsis untuk 30 Juzuk Al-Quran. Senaskah dijual dengan harga RM48. Fiza beli di tiktok shop... So far, buku ni selalu sold out.
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak memiliki Al-Quran yang ada tagging dan jugak buku ni. Buku ni tebal, tapi ringan... Di mana ianya mengandungi 300 lebih halaman. Isinya cukup ringkas, padat dan bahasanya pun sangat mudah untuk difahami.
Fiza tak habis baca lagi. Namun, isinya cukup memberi bekas di hati. In Shaa Allah, Bila baca buku ni... Kita akan lebih memahami makna setiap maksud kandungan setiap Juzuk di dalam Al-Quran. Pendek kata, buku ni akan menaikkan lagi semangat kita untuk tadabbur Al-Quran... Alhamdulillah...
Di sini Fiza nak share jugakla beberapa tips yang mana mungkin boleh kita sama-sama praktikkan untuk lebih rajin membaca Al-Quran. Antaranya :-
1. Beli Al-Quran Bewarna-warni
Tips pertama, beli Al-Quran mengikut warna kesukaan. Macam kita beli baju, beg, kasut jugak... Bila kita pilih warna yang kita suka, cantik... Mesti kita nak pakai selalu kan. Macam tu jugak Al-Quran. Sekarang banyak Al-Quran jenis tagging dijual di pasaran. Cantik-cantik belaka. In Shaa Allah, ianya akan naikkan lagi semangat kita untuk membaca Al-Quran setiap hari. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...
2. Memahami Isi Al-Quran
Ustaz Wadi pernah bagitau, jadikan Al-Quran sebagai sahabat. Fahami maksudnya. In Shaa Allah, kita tak kan berenggang dengan Al-Quran. Bagaimana? Caranya, dapatkan ilmu dari yang pakar. Sambil tu, bolehla dapatkan buku-buku tentang makna Isi kandungan Al-Quran. Bila kita fahami isinya... In Shaa Allah, kita akan lebih terasa ringan dan mudah untuk membaca Al-Quran.
3. Highlights Kan Isi-Isi Penting
Kemudian, cara ketiga supaya kita lebih mencintai Al-Quran adalah dengan meng'highlight'kan Isi-Isi dalam Al-Quran yang kita rasakan mampu memberi semangat kepada kita. Macam kata-kata motivasi jugak. Bila kita rasa down, kita suka cari kata-kata yang boleh mengembalikan semula semangat kita. Betul tak? Padahal banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang boleh kita ambik untuk kita jadikan pembakar semangat kita dikala kita sedih, duka dan sebagainya. Pendek kata, Al-Quran adalah sahabat terbaik untuk kita sebenarnya.
Tu adalah 3 Cara paling utama bagaimana nak mudah dan rajin untuk membaca Al-Quran. Tapi, Bila kita lebih faham dengan apa yang kita baca... In Shaa Allah, kita akan merasai kenikmatan membaca Al-Quran itu bagaimana. Mudah-mudahan kita diberi peluang untuk sentiasa menambah ilmu hendaknya. Aamiin...
Apa-apa pun, Fiza sangat berpuas hati dengan buku Fa Innī Qarīb ni... Harganya sangat berpatutan dengan isinya.
Akhir kata...
Apa yang Baik itu, datangnya dari Allah S.W.T dan yang tak elok itu datangnya dari diri Fiza sendiri. Wallahu'alam...
Korang pernah baca buku ni? Jom, share pandangan korang tentangnya...
5 Comments
menarik...macam nak cari juga la
ReplyDeleteTeringin juga untuk baca.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Terima kasih atas perkongsian fiza...boleh carik jugak buku nie lepas nie
ReplyDeleteterima kasih fiza... nanti ldy cari.. lady suka buku.. tp byk buku beli tp xbc habis..
ReplyDeleteTips memupuk cinta Al-Quran yang bagus 👍🏻
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.