Selamat Pagi.
GARIS PANDUAN PAKAIAN SEKOLAH UNTUK SESI 2024/2025, MAK AYAH SETUJU TAK? | Alhamdulillah, pada minggu lepas... Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat pengumuman mengenai sop pakaian sekolah untuk sesi persekolahan tahun hadapan... Di mana mereka membenarkan murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari, diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk pakaian kokurikulum mulai Mac nanti.
So far, untuk sekolah encik suami dan anak-anak memang takde isu bab-bab pakaian ni... Sebab sekolah mereka dah lama mempraktikkan perkara tersebut. Jadi anak-anak dah terbiasa dah...
Sebagai contoh, untuk tahun 2023... Isnin dorang akan pakai uniform sekolah, Selasa pakai pakaian sukan sekolah, Rabu pakai pakaian unit beruniform... Khamis uniform balik dan Jumaat pakai pakaian sukan. Pendek kata diselang-seli kan. Untuk sesi tahun 2024, tak tahu lagi... Ianya bergantung dengan jadual yang akan cikgu buat. Selalunya akan dapat seminggu sebelum sekolah buka.
PENDAPAT PERIBADI
Pada pandangan Fiza, Fiza sangat setuju dengan garis panduan pemakaian pakaian sekolah tersebut... Anak-anak lebih berasa selesa dan fleksible. Takdelah sepanjang minggu anak-anak nak berpakaian uniform memanjang. Kan? Lagi-lagi anak yang berada di tahap sekolah rendah... Betul tak? Mereka agak aktif, sekurang-kurangnya bila berpakaian sukan... Mereka lebih selesa.
Mungkin ada yang berpendapat, banyak betul duit nak kena guna untuk membeli pakaian sekolah anak-anak. Hurmmm... Ni akan menjadi isu jugak ni kalau kerajaan tak bagi bantuan persekolahan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai anak yang ramai. Betul tak?
Mungkin ada yang berpendapat, banyak betul duit nak kena guna untuk membeli pakaian sekolah anak-anak. Hurmmm... Ni akan menjadi isu jugak ni kalau kerajaan tak bagi bantuan persekolahan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai anak yang ramai. Betul tak?
Teringat pulak Fiza zaman sekolah rendah dulu. Kami adik-beradik 9 orang. Masa tu... Takde bantuan macam sekarang. Peperiksaan awam pun kena bayar masa tu... Bapak kerja potong kayu, mak pulak surirumah. Allahu Akbar... Ada masa mak terpaksa gadaikan emas dia semata-mata nak bagi kami adik-beradik sekolah.
Waktu sekolah pulak, sarapan kena makan dulu. Duit belanja lansung takde. Kalau ada pun, mak mampu bagi 20 ke 50 sen je. Tu pun, bukannya setiap hari akan dapat. Pakaian sekolah pun 2 tahun sekali je bertukar... Kasut pulak pakai sampai koyak rabak. Walaupun susah, kami tak pernah malu nak ke sekolah. Maybe, atas faktor semua orang lebih kurang sama je masa tu kot... Kan? Hehe...
Walaubagaimana pun, zaman berubah mengikut peredaran masa.
Betul tak? Dann...
In Shaa Allah...
Bulan ni, bantuan persekolahan akan start diedarkan sebelum cuti panjang... Jadi, dah boleh dah rancang nak beli apa untuk anak-anak.
Alhamdulilllah... Fiza, suami dan anak-anak dah pun berbincang sebelum ni... Tentang apa yang anak-anak nak beli untuk sesi persekolahan 2024/2025. Macam Kak Alia, dia tak nak beli beg... Katanya beg dia masih elok. Ain pulak nak beli beg... Katanya, tali beg dia dah hampir putus. Ya betul! Fiza pernah jahitkan tali beg Ain beberapa bulan yang lepas.
Part kasut, dua-dua kata nak pakai kasut yang sedia ada je dulu. Baju, stoking, seluar dan tudungg... In Shaa Allah, kita akan ganti yang baru. Alatan menulis pulak, pakai dulu yang sedia ada jugak. If Ada yang kurang, kita topup. Alhamdulillah, stok alat tulis dorang pun masih berbaki.
Setakat ni... Tu jela dalam senarai pembelian kami.
Korang rasa, cukup tak bantuan persekolahan tu nanti untuk membeli keperluan sekolah anak-anak?.
Cukup atau tak... Haruslah bersyukur, at least ada jugak bantuan. Kan! Takpe, kita beli apa yang patut... Yang masih elok, kita guna balik. Ajar anak-anak tentang rasa syukur itu lebih baik.
Fiza selalu ingatkan anak-anak tentang apa yang berlaku di bumi Palestine... Jadi, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka supaya tidak terlalu 'demanding' dalam hidup. Hidup biarlah besederhana, walaupun semuanya serba ada. Tak rugi pun kita besederhana... Apa yang merugikan apabila kita bersikap membazir dan bermegah dengan apa yang kita ada. Kan?
Wallahu'alam...
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tak elok itu datangnya dari diri Fiza.
Akhir kata, moh ler share PENDAPAT korang tentang isu pakaian sekolah ni. SETUJU KE TAK?
6 Comments
Macam sekolah anak Cie pun dari dulu macam ni. Untuk tahap 1 3 hari uniform, 2 hari baju PJ. Mereka belum ada kokurikulum. Tahap 2 memang 2 hari je pakai uniform, sehari baju koko, 2 hari baju PJ. So memang takde beza pun dulu dan sekarang. Cuma takmau la nanti dah beli uniform tiba2 umum lain pulak. Sejak PKP dulu banyak dah kerugian beli uniform, tak pakai lepas tu ketat.
ReplyDeletePKP haritu lansung tak pakai Kan pakaian sekolah. Anak² Fiza pun hadapi benda yang sama... Sebab tu sekarang kalau beli baju uniform Fiza beli sepasang je dulu. Takut berubah-ubah pendirian KPM. 🤭
DeleteIkutkan sama je dgn tatacara pemakaian sblm ni. Mcm anak³ akk 2 hari uniform, 1 hari bj PJ, 1 hari bj Koko & Jumaat baju Melayu/kurung kain hijau.
ReplyDeleteAkk pun akan beli ikut keperluan saja. Cuma utk Angah kena spend lebih sbb ke sek men.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua 🤲
Aamiin... Mudah-mudahan urusan kita semua dipermudahkan hendaknya.
Deletesedih juga kisah masa budak-budak Fiza dulu...sekarang kerajaan amat prihatin dan banyak membantu ibu bapa dalam urusan sekolah anak-anak kita
ReplyDeleteAlhamdulillah, walaupun serba kekurangan masa tu... Bila dah masing² dah dewasa ni, semuanya tinggal kenangan. Terasa rindu pulak nak duduk di rumah lama dulu.
DeleteBudak² sekarang untung, dapat bermacam-macam bantuan. Kan...
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.