Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
ISU MEMBASUH TUALA WANITA SEBELUM DIBUANG HANGAT DIBICARAKAN | Beberapa hari ni, isu mengenai buang pad asyik lalu lalang je di wall Facebook Fiza. Macam-macam pendapat ada. Tapi suka Fiza nak kongsikan apa yang Fiza dapat dari laman mufti Wilayah Persekutuan berkenaan dengan hukum membasuh tuala wanita atau pad sebelum dibuang. Kita kena rujuk pada yang pakar... Dan huraian mengenainya adalah seperti berikut :-
HUKUM MEMBASUH TUALA WANITA SEBELUM DIBUANG
Seseorang ada bertanya...
Adakah perlu membasuh tuala wanita sebelumnya membuangnya kerana saya ada terdengar yang mana jika tidak dibasuh sebelum membuangnya Jin akan makan darah haid yang ada pada tuala tersebut. Adakah terdapat sebarang hadis atau athar yang berkaitan?
Jawapan :
Alhamdulillah...
TIADA sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :
سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه
Maksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”
Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw :
أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Maksudnya :” Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,”
Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya
Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.
Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis atau athar yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin. Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor & najis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam tandas. Rasulullah berdoa :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Maksudnya :” Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.”
Riwayat al-Bukhari (6322)
Kata al-Khattabi :
“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.”
Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)
Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :
• Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
• Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Sangat jelass dari sumber...
Bahawa tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Lepas ni... Tak perlu ragu-ragu dah nak buang pad kita tu macam mana. Kan?
Dulu masa mula-mula period, mak Fiza selalu pesan... Nak buang 'modes' a.k.a tuala wanita, buang elok-elok. Benda tu kotor. Tapi, mak takdelah sampai tahap nak takutkan kami adik-beradik dengan cerita-cerita... Kalau tak cuci tuala wanita, nanti jin berkumpul makan darah tu. Mak lebih tekankan tentang kebersihan... Benda tu kan berbau. Kalau buang merata-rata nanti mengundang bakteria, kuman... Jadi, Fiza akan cuci dalam baldi... Air darah Fiza akan buang dalam mangkuk tandas... Plastik pad Fiza bungkus, buang dalam tong sampah. Tak nak bagi nampak... Bubuh dalam plastik hitam, jenis yang kecik. Settle...
Kalau nak buang di tempat awam pulak... Fiza Memang dah siap bawa plastik hitam jenis kecik. Nanti pad tu gulung elok-elok. Bungkus elok-elok. Then, double kan plastik... Baru buang. Tapi, sangat-sangat jarang la nak buang di tempat awam...
Korang pulak macam mana?
Sumber | Laman Mufti WP
4 Comments
Salam Selasa Fieza.. Terima kasih atas peringatannya.. bila kita ada sifat malu dalam diri, insyaAllah kita akan jaga.. bg ldy, drh haid adalah suatu keaiban dri.. maka akan disembunyikan sebaik-baiknya dengan membuangnya sehingga org lain xkan melihatnya.
ReplyDeletelinda masih lagi mencuci...balut kemas2, masuk dalam plastik...tak kisah mcm mana caranya, asalkan kebersihan terjamin kan...
ReplyDeletekita masih berpegang dengan ajaran mak dari kecik kan,mak ajar dari mula period basuh bersih2 bungkus elok2 buang sorok2
ReplyDeletetq atas prkongsian.. inshaAllah bermanfaat buat semua <3
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.