Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

MENGELEMBUNG BERAIR AKIBAT MELEPUH DI BAHAGIAN MUKA | Minggu lalu, di pipi Nur Dhia timbul bintik air mengelembung dan melepuh. Pada mulanya, Fiza ingatkan terkena percikan minyak. Al-maklumlah, Nur Dhia ni suka ke dapur masa Fiza memasak. Jadi kemungkinan dia terkena percikan minyak itu tersangatlah tinggi. Tapi, yang peliknya dia takde pulak mengadu yang benda tu menyakitkan. So, Fiza lansung tak ubati... Malah biarkan ianya mengering sendiri.




MENGELEMBUNG BERAIR AKIBAT MELEPUH DI BAHAGIAN MUKA

Masalahnya, selepas satu tompok kering dan menghitam. Timbul pulak tompok melepuh berair di tempat yang lain. Kemudian, tempat melepuh tu takdelah gatal... Macam mana tahu? First berdasarkan pemerhatian Fiza, takde pulak tengok Nur Dhia menggaru. Then, Bila ditanya sakit ke tak... Gatal ke tak. Nur Dhia jawab tak. Risau pulak bila tengok tempat melepuh tu macam berjangkit... Kalau terkena percikan minyak, takdelah bertambah tompokan tu... Kan?

Bila dah start rasa tak sedap hati, Fiza WhatsApp adik... Tanyakan apa yang sepatutnya. Send gambar, nak bagi adik tengok...

Adik pun cadangkan supaya Nur Dhia di bawa ke klinik. Katanya, kemungkinan terkena jangkitan kuman ataupun kayap. Ingatkan nak tunggu dia balik hujung minggu... Rupanya adik on-call sepanjang 2 minggu ni. 

So, kami suami isteri bawalah Nur Dhia ke klinik kesihatan yang berdekatan. Selepas dah habis checkup apa yang patut... Menurut doctor, Nur Dhia rupanya terkena jangkitan kuman. Masih di peringkat awal. Kalau dah banyak, boleh menyebabkan demam katanya..

So, kena on antibiotics selama 7 hari. If selepas 7 hari tak membaik jugak, bawa ke klinik semula untuk tukar cara rawatan. Then, doctor pesan jangan garu atau pecahkan bahagian yang melepuh tu bagi mengelakkan ianya berjangkit di bahagian badan yang lain.

Info
Hari Terakhir On Antibiotics 

Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Nur Dhia pun takde masalah untuk minum antibiotics walaupun first time ambik antibiotics. Syukur! Sangat.

Harini last days Nur Dhia minum antibiotics. So far, dah takde dah melepuh. Malah pulih 100%. Alhamdulillah...

Bila anak-anak tak sihat, kita kaum ibulah yang paling risau. Kan?