Assalamualaikum,
Selamat Petang.
PETOLA REBUS, MENU SIMPLE UNTUK MAKAN TENGAHARI DAN KEBAIKANNYA | Alhamdulillah, second entry untuk harini. Kebiasaannya, kalau tak ke mana-mana... Hujung minggu kami anak-beranak buat general cleaning... So, disebabkan penat dan malas nak ke pasar. Kita masak je seadanya.
Dalam peti sejuk, ada petola dan ikan kembung. Jadi, Fiza masak petola rebus... Kembung goreng je. Untuk pencuci mulut, kita makan buah nenas yang encik suami belikan semalam. Dah! Menu simple untuk tengahari tadi.
PETOLA REBUS
Nak masak petola rebus, caranya lebih kurang sama je dengan merebus bendi. Jerang air, Bila air dah menggelegak... Masukkan petola, beberapa ulas bawang putih yang dah diketuk, cili, sedikit ikan bilis dan perasa. Settle! Mudahh... Kan?
PETOLA DAN KEBAIKANNYA
Bercakap pasal petola ni, actually terdapat banyak kelebihan petola ni pada tubuh badan kita... Antaranya :-
Pembersih darah. Di mana, Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah kita dari bahan tercemar. Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.
Menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati.
Bermanfaat untuk penyakit kencing manis. Kualiti tertentu yang terdapat pada petola membolehkan ia membantu
pesakit kencing manis. Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida
dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam
darah. Selain itu juga ia mengawal paras tahap insulin darah ke
kuantiti yang diperlukan.
Membantu penurunan berat badan. Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu. Kedua, mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolesterol ke arah badan dan yang ketiga, ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan kalori. Keempatnya, ia mengandungi banyak air di dalamnya. Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan, vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.
Terakhir, ia juga membantu dalam mengawal keasidan serta ulser pada perut. Tu antara kelebihan yang terkandung di dalam petola. Banyak kan kebaikannya.
Alhamdulillah, walaupun menunya simple... Yang penting perut kenyang. Kan?
Sumber | Jiwasihat
7 Comments
Teringin pulak tengok petola tu. Kat rumah ni takde orang makan tu tak pernah beli petola.
ReplyDeleteSedap petola ni Cie. Tumis bubuh suhun pun sedap.
DeleteEsok Ldy perlu beli petola la kalau mcm ni... :D..
ReplyDeleteTry la Ldy 🤭
DeleteMasakan begini kami panggil sayur bening. Sihat dan berkhasiat.
ReplyDeleteHa'ah, Ada orang panggil masak Bening. Simple dan sedap Kan...
Deletekmk suka tumis mcm sup... campur suun dgn daun sup... nyaman hiurp panas²
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.