Assalamualaikum,
Selamat Petang.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2024 - Semalam merupakan malam terakhir bagi tahun 2023. Harini kita dah pun melangkah ke tahun yang baharu, iaitu tahun 2024. Kalau scroll tiktok, korang akan tengok bermacam-macam ramalan untuk tahun 2024. Namun, jangan difikirkan sangat... Semuanya kita kena serahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Apa yang pasti, untuk tahun 2024... Biarlah kita menjadi versi yang lebih baik daripada sebelumnya. In Shaa Allah. 

Info

BUAT APA PADA MALAM TAHUN BAHARU?

Bercakap pasal tahun baharu, pasti ada yang sambut. Kan? Untuk family Fiza... Seperti kebiasaan, kami tak pernah beria-ia nak sambut malam tahun baharu. Kali ni lagilah... Dengan keadaan saudara kita yang mengalami banjir nun di semenanjung. Then, saudara-saudara kita yang lain di Palestine... Yang berjuang untuk hidup dalam suasana peperangan... Memang tak terfikir pun nak sambut. So, lansung takde ke mana-mana pun... Lepas solat isya' semua pakat tidur.

Walaubagaimana pun... Dari kejauhan, Fiza hanya mampu doakan agar semuanya akan berakhir dengan cepat. Aamiin...

Pagi tadi seawal jam 5 Fiza dah bangun. Lepas solat subuh terus draft entri pertama ni.

Alhamdulillah, tahun 2023 Fiza diuji dengan sakit dan sekarang masih lagi follow up. Walaupun begitu, Fiza bersyukur sangat-sangat kerana dapat melihat hikmah di sebalik sakit tersebut. Bila kita bersangka baik dengan Allah... In Shaa Allah kita akan lebih bersyukur, tenang dan merasa lebih dekat dengan sang pencipta.

Untuk tahun 2024, Fiza doakan agar tahun ni menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...

Apa azam tahun baharu korang?  

Apa-apa pun, selamat tahun baharu semua. Have a nice day. ✌