Assalamualaikum,
Selamat Petang.
SELAMAT TAHUN BAHARU 2024 - Semalam merupakan malam terakhir bagi tahun 2023. Harini kita dah pun melangkah ke tahun yang baharu, iaitu tahun 2024. Kalau scroll tiktok, korang akan tengok bermacam-macam ramalan untuk tahun 2024. Namun, jangan difikirkan sangat... Semuanya kita kena serahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Apa yang pasti, untuk tahun 2024... Biarlah kita menjadi versi yang lebih baik daripada sebelumnya. In Shaa Allah.
BUAT APA PADA MALAM TAHUN BAHARU?
Bercakap pasal tahun baharu, pasti ada yang sambut. Kan? Untuk family Fiza... Seperti kebiasaan, kami tak pernah beria-ia nak sambut malam tahun baharu. Kali ni lagilah... Dengan keadaan saudara kita yang mengalami banjir nun di semenanjung. Then, saudara-saudara kita yang lain di Palestine... Yang berjuang untuk hidup dalam suasana peperangan... Memang tak terfikir pun nak sambut. So, lansung takde ke mana-mana pun... Lepas solat isya' semua pakat tidur.
Walaubagaimana pun... Dari kejauhan, Fiza hanya mampu doakan agar semuanya akan berakhir dengan cepat. Aamiin...
Pagi tadi seawal jam 5 Fiza dah bangun. Lepas solat subuh terus draft entri pertama ni.
Alhamdulillah, tahun 2023 Fiza diuji dengan sakit dan sekarang masih lagi follow up. Walaupun begitu, Fiza bersyukur sangat-sangat kerana dapat melihat hikmah di sebalik sakit tersebut. Bila kita bersangka baik dengan Allah... In Shaa Allah kita akan lebih bersyukur, tenang dan merasa lebih dekat dengan sang pencipta.
Untuk tahun 2024, Fiza doakan agar tahun ni menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...
Apa azam tahun baharu korang?
Apa-apa pun, selamat tahun baharu semua. Have a nice day. ✌
9 Comments
Selamat Tahun Baru Fiza!
ReplyDeleteSemoga 2024 membawa kebaikan utk semua. Rindu pd dunia yg aman damai.
Selamat Tahun Baharu 2024!
ReplyDeleteSelamat tahun baharu 2024
ReplyDeletehappy new year fiza!!! adakah ramalan 2024? xda scroll TT gilak sbb gago nk habiskan cerita korea ajak... hehehe
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2024 . Semoga segala azam tahun baru dipermudahkan
ReplyDeleteselamat tahun baru
ReplyDeleteSalam tahun baru 2024 Fiza 🎉 Semoga diberi kesembuhan dari penyakit thyroid 🤲🏻
ReplyDeleteslmt thn baru 2024 fiza
ReplyDeletesemoga tahun 2024 ini lebih baik dari 2023. selamat maju jaya ye....
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.