Assalamualaikum,
Selamat Petang.

SINGGAH DI KEDAI ECO SRI AMAN | Sepertimana yang kita sedia maklum, kedai eco adalah antara kedai murah yang menjadi tumpuan ramai. Di tempat Fiza, eco paling terdekat adalah di Sri Aman. Semalam, first time jejakkan kaki ke eco Sri Aman. Biasa, kalau nak ke eco... Masa cuti sekolah je, iaitu di eco Samarahan.

Semalam, disebabkan encik suami ada urusan di Sri Aman, kita anak-beranak pun ikut sekali. Seperti kebiasaan, kalau pergi mana-mana Fiza akan masak terlebih dahulu. Dah biasa bawa bekal. Kami sangat-sangat jarang makan di luar, lebih prefer masak sendiri. Usah ditanya, kenapa ye? Masing-masing ada alasan yang tersendiri. Orait... 

Settle, breakfast... Kemas apa yang patut kami terus gerak sekitar jam 9:36 pagi... Sampai di Sri Aman dalam jam 10:45 pagi. Alhamdulillah, tak sampai 2 jam dah sampai. 

Dulu, masa pan borneo tak siap lagi... Nak ke Sri Aman dari tempat tinggal Fiza mesti ambik masa 2 jam lebih. 

LIMIT BELI BARANG DI KEDAI ECO

Selepas encik suami selesaikan urusan dia, kami singgah di eco shop sebelum balik. Beli jiwa anak-anak kononnya lah. Sebelum pergi, encik suami dah siap-siap bagitau anak-anak... Limit belanja untuk anak-anak dalam RM50 sahaja. Sorang boleh ambik 5 items dan mereka bebas untuk memilih nak beli apa. Fiza ada 3 anak perempuan. Sorang 11 tahun, sorang lagi 9 tahun dan yang bongsu 3 tahun. Agak-agak... Apa yang dorang beli?

Kebiasaannya, Kak Alia dan Ain... Dorang top-up alat tulis. Lepas tu mesti beli aksesori rambut. Kalau si bongsu pulak, dia akan beli mainan masak-masak dengan aksesori rambut jugak. Dah dapat apa yang dorang nak, mesti ajak balik. Begitulah anak-anak, beli barang murah pun dorang dah cukup gembira. Kan?

Kisah

Alhamdulillah, atas rezeki yang Allah berikan. Cumanya, Fiza lupa nak snap barang hasil dari shopping. Semua dah siap unboxing  masa on the way balik rumah. Semua tak sabar nak bukak. Ada pulak si bongsu... Siap mintak diikatkan rambut

Begitulah antara aktiviti hujung minggu pertama bulan January 2024. Sampai rumah around 1 petang. Lepas mandi, solat Zohor... Semua pakat tidur. Hehe... 

Korang pulak, buat apa hujung minggu?

#aktivitihujungminggu
#ecoshops