Assalamualaikum,
Selamat Petang.
SINOPSIS UNTUK EPISOD 26 RINDU AWAK SEPARUH NYAWA | Semalam episode 26 Rindu Awak Separuh Nyawa... Sambungan dari post episode 25 sebelumnya.
Disebabkan lewat solat Maghrib... Fiza sempat layan separuh je untuk episode semalam. Ni second time Fiza layan drama ni... So, tak kisah sangatla jika tertinggal scene drama ni pun. Saja layan balik sebab encik suami nak tengok. Hehe...
Semalam punya episode, Nazril cemburu tiap kali Aidil menelefon Sarah. Aidil call atas urusan mengenai harta peninggalan papa Sarah.
Sarah pulak ada peluang tak habis-habis nak kenakan si Huda... Ada je yang tak kena tiap kali dorang duduk bersama. Sampaikan rambut panjang pun jadi isu dalam perbualan mereka. Masaklahh... Si Nazril nak layan karenah dorang yang mana... Masing-masing cuba untuk meraih cinta si Nazril.
Walaubagaimana pun... Dalam masa yang sama, Sarah semakin rapat dengan Manja. Manja pun dah mula reti sebut perkataan penuh. Semuanya berkat Sarah ajar.
Episode 26 berakhir dengan scene Sarah ajak Manja keluar makan di warung Kak Munah. Sebelum gerak, Sarah sempat bersalaman dengan Nazril. Sarah terkedu dengan kata-kata nasihat dari suaminya. Sepertinya Nazril masih ambik berat terhadapnya walaupun masih marah dengan Sarah.
Apakah reaksi Nazril seterusnya? Ikuti kisah seterusnya dalam episode 27 malam ni. Quick update drama RASN dari Fiza Okeh!
Tak reti sangat cerita secara details. Fiza cuma bagi gambaran secara kasar je ni. Hehehe...
#RASN
#rinduawakseparuhnyawa
1 Comments
Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.