Assalamualaikum,
Selamat Petang.
UDANG MASAK SIMPLE CICAH KICAP PEDAS MAHSURI | Harini anak-anak dan suami ada aktiviti sampai petang di sekolah. So, Fiza dan Nur Dhia melepak di rumah mak. Bila dah di rumah mak, mak tak masak. Selalunya dia mintak Fiza yang masak untuk makan tengahari. Biasalah, orang tua... Bila dah usia mencecah 70 tahun ke atas, memang dah tak larat dah nak masak. Kan? Apa-apa pun, Fiza doakan semoga diberi kesihatan yang berpanjangan supaya dapat berbakti untuk dorang hendaknya. Aamiin...
Ok...
Nak dijadikan cerita, tengahari tadi mak request nak menu simple je. Kemudian, Fiza cadangkan ulam raja cicah sambal belacan, labu air rebus dan udang tumis simple. Apalagi, mak terus kata ok.
Jadi, post kali ni Fiza nak share cara masak udang paling simple. Fiza guna udang yang kulit keras tu. Kalau kat tempat Fiza ianya dipanggil 'Payak Bukuk'.
UDANG MASAK SIMPLE CICAH KICAP PEDAS MAHSURI
Fiza guna udang dalam sekilogram. Then, halia lebih kurang 5 ke 6cm dan 5 ulas bawang putih yang diketuk. Sedikit perasa dan sedikit air.
Cara masaknya pulak... Tumiskan halia dan bawang putih dengan sedikit minyak. Bila dah naik bau, masukkan udang dan tambahkan sedikit air dan perasa. Terpulang nak letak garam dan ajinomoto ke. Tak pun letak perencah secukup rasa maggie pun boleh. Mudah sangat.
Dah masak, cicah dengan kicap pedas mahsuri. Sure! Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Hahaha...
Tapi kan, bila usia dah mencecah 40 lebih tahun ni. Fiza dah start jaga portion makan, walaupun kekadang ada jugak waktunya tersasar. 🤭
Untuk yang ada hypertiroid, ada yang kata tak boleh makan. Betul ke tak? Wallahu'alam...
Fiza makan je, tapi dalam kuantiti yang sedikit jelah. Lebih suka makan sayur dan ulam.
#menusimple
#resepisimple
#menukampung
16 Comments
Teringin hendak beli kicap pedas Mahsuri tapi selalu lupa.
ReplyDeleteFiza suka kicap pedas Mahsuri ni, sebab boleh jadi pencicah lauk dan tak payah dah nak cari cili bagai.
DeleteSampai bulan 2 nanti SA kena elakkan makan seafood..nak tgok hasil check up macam mana
ReplyDeleteFiza doakan semoga urusan SA dipermudahkan hendaknya. Aamiin...
DeleteMemang simple je resipi dia ya... Cuya tak pernah try sebab jarang kt umah beli udang sebab Cuya alergik.... tapi Cuya bedal je kadang2 . hehe
ReplyDeleteNi macam kes adik akak, pantang makan udang confirm alergik sampaikan selagi tak makan ubat, selagi tu alergik tak hilang.
DeleteKalau nak makan jugak, awal-awal dah standby ubat. Hurmmm...
Adudu sedapnya...
ReplyDeleteDapat bayangkan manis2 udang tu berlawan pulak dgn kicap pedas tu. Walah!
Ha'ah, sebab tu Fiza suka masak stail gini... Suka cicah dengan kicap pedas. 🤭
DeleteBetul betul simple ni. Nak try la masak gini nanti, Kat rumah naniey sorang je makan udang. Laki alergik udang. Masak udang utk makan sorang je..
ReplyDeleteRamai yang alergik dengan udang kan. Dalam keluarga Fiza pun ada yang alergik dengan udang ni.
Deletekalau dekat sini udang kulit keras ni susah juga nak jumpa orang jual,yang banyak udang ternak..udang kulit keras ni sedap manis...
ReplyDeleteTempat Fiza pun susah jugak nak dapat udang ni. Tu yang bila jumpa terus beli sampai 2 3 kg... Sebab anak-anak pun suka makan.
Deletesedap masak simple cenggini.. xyah pening2..
ReplyDeletesalam kenal sis, done follow as Ain Farhana
Terima kasih sebab sudi singgah dan follow blog Fiza ye Ain.
DeleteHa'ah, simple dan mudah untuk disediakan.
Nyaman jak rupa payak ya. Tapi yalah sik boleh makan selalu / byk mun ada masalah kolesterol
ReplyDeleteYalah ya, boleh makan sekali sekali jak. 🤭
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.