Assalamualaikum,
Selamat Petang.

UDANG MASAK SIMPLE CICAH KICAP PEDAS MAHSURI | Harini anak-anak dan suami ada aktiviti sampai petang di sekolah. So, Fiza dan Nur Dhia melepak di rumah mak. Bila dah di rumah mak, mak tak masak. Selalunya dia mintak Fiza yang masak untuk makan tengahari. Biasalah, orang tua... Bila dah usia mencecah 70 tahun ke atas, memang dah tak larat dah nak masak. Kan? Apa-apa pun, Fiza doakan semoga diberi kesihatan yang berpanjangan supaya dapat berbakti untuk dorang hendaknya. Aamiin...

Ok...

Nak dijadikan cerita, tengahari tadi mak request nak menu simple je. Kemudian, Fiza cadangkan ulam raja cicah sambal belacan, labu air rebus dan udang tumis simple. Apalagi, mak terus kata ok.

Jadi, post kali ni Fiza nak share cara masak udang paling simple. Fiza guna udang yang kulit keras tu. Kalau kat tempat Fiza ianya dipanggil 'Payak Bukuk'. 

UDANG MASAK SIMPLE CICAH KICAP PEDAS MAHSURI

Fiza guna udang dalam sekilogram. Then, halia lebih kurang 5 ke 6cm dan 5 ulas bawang putih yang diketuk. Sedikit perasa dan sedikit air.

Resepi

Cara masaknya pulak... Tumiskan halia dan bawang putih dengan sedikit minyak. Bila dah naik bau, masukkan udang dan tambahkan sedikit air dan perasa. Terpulang nak letak garam dan ajinomoto ke. Tak pun letak perencah secukup rasa maggie pun boleh. Mudah sangat.

Dah masak, cicah dengan kicap pedas mahsuri. Sure! Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Hahaha...

Tapi kan, bila usia dah mencecah 40 lebih tahun ni. Fiza dah start jaga portion makan, walaupun kekadang ada jugak waktunya tersasar. 🤭

Untuk yang ada hypertiroid, ada yang kata tak boleh makan. Betul ke tak? Wallahu'alam...

Fiza makan je, tapi dalam kuantiti yang sedikit jelah. Lebih suka makan sayur dan ulam. 

#menusimple
#resepisimple
#menukampung