Assalamualaikum,
Selamat Tengahari.

USAHA UNTUK NAIKKAN SEMULA PAGEVIEWS(PV) BLOG | Ada yang singgah nak baca postingan terbaru Fiza rupanya. Terima kasih LadyBird kerana sudi baca penulisan Fiza yang tak seberapa ni. Harini Fiza nak share tentang masalah berkaitan dengan blog... Yang mana Fiza hadapi sekarang ni.

Pada siapa yang selalu jenguk blog Fiza, mesti tahu kan... Tahun lepas Fiza sangat-sangatttt... Jarang update blog disebabkan oleh faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah, sekarang ni Fiza masih lagi dalam proses rawatan. Doakan Fiza ye, semoga semuanya dipermudahkan hendaknya. Aamiin... 

KEBURUKAN BERBULAN-BULAN TAK UPDATE BLOG

Ceritanya...

Bila dah lama sangat tak update blog, perkara pertama yang akan terjejas adalah jumlah views blog... Di mana akan berlakunya penurunan yang sangat drastic. Tambahan pulak, last year berlakunya perubahan algorithm pada google... Memang terkena tempias yang kaw-kaw la blog Fiza nampak gayanya. Kalau sehari dua, seminggu atau sebulan tak update... Masih ok lagi. Bagaimana kalau dah berbulan-bulan tak update?. Memang nampak ketara sangatla perubahannya.

Bila PV dah menurun, automatik Adsense jugak akan turut mengalami benda yang sama. Itu adalah normal situation dalam dunia blogging... Sebabb dah boleh agak... Macam konsep give and take jugak. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak tu jugaklah yang engkau bakal dapat. Eh! Betul ke perumpamaan yang Fiza guna ni? Hehe...

Apalagi ek!

Yup! Satu lagi... DA blog Fiza jugak turut menurun. Itulah akibatnya bila dah terlampau lama tak update blog. Boleh check DA blog korang di websiteseochecker. Okeh! Actually, for those yang nak ambik job reviews, collaboration semua tu... Clients akan tengok DA dan PA blog kita. Tapi, Fiza tak nak ulas panjang bab tu... Maybe, next time... Sebab postingan kali ni Fiza just nak share masalah yang timbul bila lama sangat tak update blog, kemudian cara bagaimana nak menanganinya...

CARA UNTUK NAIKKAN SEMULA PAGEVIEWS(PV) BLOG

Walaubagaimana pun, semua tuu.. Tak kan pernah mematahkan semangat Fiza untuk terus menulis blog... Sebabbbb... Pertama, Fiza buat blog ni kerana minat. Bila dapat income daripada blog tu, Fiza anggap ianya adalah bonus. Tapi... Ada tapinya. Hehehe...

Bila dah dapat kelebihan daripada apa yang kita buat. Kenalah cuba usahakan untuk merajinkan diri menulis semula. Kan? Sayanggg...

Info

Jadi... 

Untuk tahun 2024 ni, Fiza akan cuba untuk menaikkan semula pageviews blog ni dengan bantuan google console sudah semestinya. Tu perkara pertama yang perlu dilihat. Bagi Fiza ianya sangat membantu dalam membaikpulih PV blog... Sebab kat situ akan terpapar jenis-jenis entri yang menjadi tumpuan para pembaca. So, dari situ kita boleh dapat idea jenis entri apa yang kita boleh tambah untuk naikkan PV. Fiza pastii... Ramai lagi blogger yang lebih tahu bab-bab google console ni.

Kemudian...

Ada jugak yang berpendapat, tukar template blog jugak adalah salah satu cara untuk baiki PV blog. Pada Fiza, masing-masing ada pendapat masing-masing. Buat masa ni, Fiza takde lagi perancangan untuk menukar template blog... Sebabb, bagi Fiza template yang Fiza guna sekarang ni dah cukup bagus dah. Bersih dann laju. Lagi pun, buat masa ni Fiza tak boleh nak hadap laptop lama-lama... Mata Fiza cepat kering dan letih! Lagi pulak, Nak tukar template, Banyak coding yang nak kena ubah. So, abaikan dulu niat nak tukar template baru. 🤭

Lagi penting...

Pentinggg sangattt! kena konsisten balik menulis blog. Kalau tak dapat satu hari satu postingan pun... At least, sekali dalam seminggu pun dah kira ok. Kan? Bila kita konsisten menulis, hari-hari orang akan nampak kita update... At least, ada jugak yang sudi singgah dan baca. Kena ingat rakan blogger jugak adalah penyumbang PV dalam dunia blogging selain organic readers. Sebab tu, dalam masa yang samaaa... Nak naikkan PV balik, kena jugak rajin blogwalking. Penting! Eratkan ukhwah antara blogger... Secara tak lansung, kita akan dapat PV free dari rakan-rakan. Betul tak? 

Tu antara senarai cara untuk naikkan pageviews yang akan Fiza buat untuk tahun ni. Buat setakat yang mampu je dulu... Tak nak paksa diri, nanti sendiri yang stress... Padahal, matlamat utama... Nak blogging santai-santai. 

Apa yang penting, blog tak dibiarkan bersawang terlalu lama. 

In Shaa Allah...

Doakan Fiza semoga semuanya dipermudahkan hendaknya ye. Aamiin...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tak Baik itu datangnya dari Fiza sendiri. Wallahu'alam...

#blogging
#tipsblogging
#naikkantraffikblog