Assalamualaikum,
Selamat Petang.

JANUARI BERLALU, FEBRUARI DATANG |  Alhamdulillah, Harini kita dah pun berada pada hari kedua di bulan Februari. Cepat kan masa berlalu... Untuk bulan Januari, Fiza dapat menghasilkan 24 blog post... Syukur sangat. Semoga diberi kekuatan untuk terus berblogging hendaknya. Bila tengok PV naik balik... Walaupun sedikit demi sedikit, jadi bersemangat pulak nak update. Semoga semangat itu berterusanlah hendaknya ye. 🤭

Info

Kehidupan seharian pulak, so far so good. Cuma, pada pertengahan Januari... Fiza dan suami diuji dengan kesihatan Nur Dhia, yang mana terkena jangkitan kuman. Walaubagaimana pun, disebabkan cepat bertindak... Jadi, takde yang perlu dirisaukan. Apa yang penting kena ikut nasihat doktor. Alhamdulillah... Semuanya dipermudahkan.

Kemudian... 

Bila dah masuk bulan dua ni, suka Fiza nak kongsikan tentang tarikh-tarikh penting. Antaranya :-
  1. 1 Februari | Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
  2. 8  Februari |  Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
  3. 10 Februari | Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
  4. 11 Februari | Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
  5. 12 Februari | Cuti Tahun Baru Cina (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
10 dan 11 Februari adalah cuti dan hari pelepasan am bagi seluruh Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Cuti dan hari pelepasan lain adalah berkaitan untuk negeri yang dinyatakan sahaja.

Lepas tu, dalam bulan Februari ni... Untuk Fiza... Adalah bulan ulangtahun kelahiran Kak Alia. Tak tahu lagi nak bagi hadiah apa. Konon nak bagi suprised bersempena dengan pencapaian akademik dia... Dapat nombor 1, then beberapa pencapaian yang lain. So far, Kak Alia memang dari tahun 1 sampai sekarang memang nombor 1. Next year tahun 6. 

Tapi, bukan setakat untuk dia... Termasuk Kak Ain jugak. First time tersenarai untuk top 3 dalam Kelas. Tak sangka pulak masuk tahun 3 ni... Pencapaian pelajaran dia amat memeransangkan. 

Fiza dan suami tak pernah ada target untuk anak-anak. Tapi, kami tegas bab-bab pelajaran. Tak kiralah ilmu akhirat mahupun dunia. Kami bagi je mereka berdua main phone, tapi mengikut jadual. Alhamdulillah... Setakat ni takde lagi drama. Mudah-mudahan berkekalanlah hendaknya. Aamiin...

Semoga bulan ni lebih baik daripada bulan sebelumnya. Yang Baik itu datangnya dari Allah dan yang tak elok itu datangnya dari Fiza sendiri. Terima kasih sebab sudi singgah di sini. ☺️

Apa-apa pun, selamat berhujung minggu semua. Have a nice day.