Assalamualaikum,
Selamat Petang.
JANUARI BERLALU, FEBRUARI DATANG | Alhamdulillah, Harini kita dah pun berada pada hari kedua di bulan Februari. Cepat kan masa berlalu... Untuk bulan Januari, Fiza dapat menghasilkan 24 blog post... Syukur sangat. Semoga diberi kekuatan untuk terus berblogging hendaknya. Bila tengok PV naik balik... Walaupun sedikit demi sedikit, jadi bersemangat pulak nak update. Semoga semangat itu berterusanlah hendaknya ye. 🤭
Kehidupan seharian pulak, so far so good. Cuma, pada pertengahan Januari... Fiza dan suami diuji dengan kesihatan Nur Dhia, yang mana terkena jangkitan kuman. Walaubagaimana pun, disebabkan cepat bertindak... Jadi, takde yang perlu dirisaukan. Apa yang penting kena ikut nasihat doktor. Alhamdulillah... Semuanya dipermudahkan.
Kemudian...
Bila dah masuk bulan dua ni, suka Fiza nak kongsikan tentang tarikh-tarikh penting. Antaranya :-
- 1 Februari | Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
- 8 Februari | Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
- 10 Februari | Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
- 11 Februari | Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
- 12 Februari | Cuti Tahun Baru Cina (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
10 dan 11 Februari adalah cuti dan hari pelepasan am bagi seluruh Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Cuti dan hari pelepasan lain adalah berkaitan untuk negeri yang dinyatakan sahaja.
Lepas tu, dalam bulan Februari ni... Untuk Fiza... Adalah bulan ulangtahun kelahiran Kak Alia. Tak tahu lagi nak bagi hadiah apa. Konon nak bagi suprised bersempena dengan pencapaian akademik dia... Dapat nombor 1, then beberapa pencapaian yang lain. So far, Kak Alia memang dari tahun 1 sampai sekarang memang nombor 1. Next year tahun 6.
Tapi, bukan setakat untuk dia... Termasuk Kak Ain jugak. First time tersenarai untuk top 3 dalam Kelas. Tak sangka pulak masuk tahun 3 ni... Pencapaian pelajaran dia amat memeransangkan.
Fiza dan suami tak pernah ada target untuk anak-anak. Tapi, kami tegas bab-bab pelajaran. Tak kiralah ilmu akhirat mahupun dunia. Kami bagi je mereka berdua main phone, tapi mengikut jadual. Alhamdulillah... Setakat ni takde lagi drama. Mudah-mudahan berkekalanlah hendaknya. Aamiin...
Semoga bulan ni lebih baik daripada bulan sebelumnya. Yang Baik itu datangnya dari Allah dan yang tak elok itu datangnya dari Fiza sendiri. Terima kasih sebab sudi singgah di sini. ☺️
Apa-apa pun, selamat berhujung minggu semua. Have a nice day.
14 Comments
wah banyak post untuk januari..kite pon baru nak semangat menulis balik
ReplyDeleteBiasa² je AD, jom kita sama-sama naikkan balik performance blog.
DeleteSama lah. Bila lama tak buat entri, PV menurun. Tapi bila rajin buat entri, terus-terusan naik.
ReplyDeleteTu la... Kalau lagi lama tak update, memang teruk jatuhnya.
DeleteAda org sambut bday bulan ni 😉
ReplyDeleteWell done Kak Alia & Kak Ain 👍 Semoga sukses selalu.
Aamiin. Terima kasih atas doanya PH. Semoga anak-anak kita sama² beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat hendaknya.
DeleteAlhamdulillah, semoga bulan ini lebih baik dr sebelumnya.. ameeennn
ReplyDeleteMudah-mudahan hendaknya Ldy. Aamiin...
DeleteMenarik tu Fiza, buat surprise sempena birthday dan meraikan kejayaan anakanda Alia. Tentu seronok dia.
ReplyDeleteCepatnya masa berlalu.
ReplyDelete24 entri tu ok sangat dah. Tahniah.
Selamat berhujung minggu.
Tahniah kerana konsisten menulis dan momentum perlu dikekalkan sebaik mungkin
ReplyDeletesekejap je bulan baru., huhu
ReplyDeleteslmt bulan baru fiza, sik berasa dah bertukar bln, feb tok lagi lah pendek kelak
ReplyDeletePerghh sampai 24 post ut.. kita paling gagah dapat 8 post jer huhuuu .. itu pun dah habis perah otak hahaha.. Semoga February baik sahaja untuk kita .. Ok done follow dan jadi follower ke 229 :D
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.