Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
POP IT ELEKTRIK, BERFAEDAH KE TAK? | Dah beberapa hari cuti, pagi ni Fiza kembali di dunia blog. Sorry ek! Pada yang follow dan komen. Fiza tak sempat lagi nak balas satu per satu. In Shaa Allah, nanti Fiza balas ye... Apa-apa pun, terima kasih pada korang semua kerana sudi follow dan komen di blog Fiza.
Hari Khamis... Balik dari Sekolah, Kak Alia dan Ain mintak dibelikan pop it elektrik. Bila ditanya harga... Mak aiii sebiji dijual dengan harga RM30. Bila Fiza check di Shopee, harga termasuk postage... RM17 je. Jauhnya beza harga. Kan? So, Fiza beli satu jelah.
Walaubagaimana pun, balik rumah... Biasalah, bila dah ada anak perempuan 3 orang... Confirm! Semua nak sorang satu. Kat kedai kemain behaved, Sampai di rumah... Berebutt. So, encik suami belilah di Shopee. Sesekali belanja benda mengarut... Apa salahnya. Kan?
Kenapa Fiza kata mengarut... Dapat je pop it elektrik tu... Kak Alia main macam tak boleh nak berhenti. Semakin naik level, semakin tu tangan diaa... Ligat nak ke level seterusnya. Hurmmm...
Walaupun, pada hakikatnya...
Pop it elektrik ni banyak kelebihannya seperti...
Stimulasi Sensorik : Pop it elektrik memiliki berbagai tekstur dan warna yang dapat memberikan stimulasi sensorik. Hal ini bermanfaat bagi individu dengan masalah pemprosesan sensorik atau perilaku pencarian sensorik.
Sensasi yang Menenangkan : Pop it elektrik menyediakan sensasi yang menenangkan melalui suara dan tekanan saat memicit gelembung. Ini dapat membantu mengurangi stres dan kecemasan.
Hiburan Portabel : Pop it elektrik memiliki ukuran yang kompak dan mudah dibawa ke mana saja. Ini membuatnya menjadi hiburan portabel yang dapat digunakan di rumah, di pejabat atau ketika pergi bercuti.
Melatih Koordinasi Motorik Halus : Bermain dengan pop it elektrik memerlukan gerakan jari yang pantas ketika memicit gelembung. Ini dapat membantu meningkatkan koordinasi mata-tangan dan kemampuan motorik halus.
Fokus dan Konsentrasi : Aktiviti memicit gelembung pada pop it elektrik dapat membantu meningkatkan fokus dan konsentrasi. Ini dapat berguna bagi individu yang mengalami kesulitan dalam hal perhatian.
Tapi tetap Fiza berpendapat benda ni melalaikan kalau kita tak disiplinkan anak-anak untuk main. Sama je macam guna handphone. Cumanye... Kalau sejenis budak yang cepat bosan. Dua tiga hari main... Dah 'sik tauk tuju' bak kata orang Sarawak. Hahaha...
Nota Kaki : Harini hari ke-4 pop it di rumah. Bila dah habis bateri, semua pakat diam. 🤣🤭
10 Comments
Ini la yg anak² buah PH dok main masa balik kg itu hari. Mmg nampak leka, berebut² pulak nak main termasuk anak² PH pun 😅 Boleh bagi main tapi berpada² lah kan...
ReplyDeleteTu la, berebut nak main... Seronoknya game ni siap ada level dia.
Deletebest juak rasanya benda ye bila baca function. tpi kat rumah tok dak ava dah sik minat menian
ReplyDeleteBest tok... Tapi yalah, dua Tiga hari jak excited main, lepas ya sik tauk tuju. 😂
DeleteMemang begitu... Masa nak beli tak boleh tunggu2, dah dpt main sekejap je.. Lepas tu tak tahu tauk mana.. Geram betul mak nie
ReplyDeleteKan... Bukan maunya nak berkongsi. Mana tak geram. Hahaha...
DeleteEh macam menarik je ni. Hari ni tahu kewujudan pop it elektrik ni...
ReplyDeleteSo far ok jugak la Naniey. Lagi² buat anak² bawah 4 tahun. Boleh buatkan Jari jemari dorang.
Deletemain mende alah ni kan... ldy pun terjebak sama.. belikan untuk anak, mak yg tumpang main.. seronok tekan2 tu taw.. kih kih kih ralit og Tengganung kater..
ReplyDeleteKan... Fiza pun try jugak main. Hehe...
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.