Assalamualaikum,
Selamat Petang.
TELUR REBUS BERSAMBAL, SATU MENU UNTUK MAKAN SIANG | Hujung minggu malas nakk ke mana-mana. Anak-anak request nak makan telur rebus bersambal untuk menu makan tengahari. Bila Fiza google resepi... Ada jugak yang sebut sambal tumis telur rebus... Sambal tumis berlado telur rebus. Apa-apa jelah...
Apa yang pentinggg...
Kita layan kan aje anak tekak anak-anak. Janji perut dah berisi. Sesekali makan bermenukan satu menu je... Apa salahnya. Fiza selalu ingatkan anak-anak tentang apa yang berlaku di bumi Palestine. Makan pun susah. Kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Alhamdulillah, anak-anak jenis tak memilih makan. Apa yang ibu dorang masak, itulah yang dorang makan. Suami pun sama. Bila Fiza buntu nak masak lauk apa... Nanti adalah dorang request. Masakkk telur je bu. Dah ok!
Bila dorang kata macam tu... Mulalah Fiza sebakkk. Sekarang lagilah. Fiza cepattt sensitive. Adoiii la.
Nak buat telur rebus bersambal ni tak ambik masa yang lama... Bahan yang diperlukan pun senang untuk diperolehi. Rasanya memang sentiasa ada kot kat rumah. Fiza Guna resepi dari Laman Che Nom. Cuma sedikit derhaka pada resepinya. Hehehe... Tapi tetap sedap. Seriusss... So, alang-alang ada resepi baik punya... Kita copy and paste di sini. Bulan puasa nanti, tak tahu nak masak apa untuk sahur... Bolehla try resepi ni. 🤭
RESEPI SAMBAL TELUR REBUS CHE NOM
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
Bahan-bahan dikisar halus :
4 ulas bawang putih
4-6 bawang merah kecil
½ biji bawang besar
Bahan-bahan lain :
1 mangkuk minyak masak
½ biji bawang besar
7 biji telur gred b
15-20 biji cili kering
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
Sedikit air asam Jawa
1 sb gula Melaka
Garam secukup rasa
½ sb serbuk seasoning
1 biji bawang merah
Sedikit air untuk Kiah
1 sb cuka
Cara Memasak :
- Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan bawang besar.
- Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit.
- Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya di dalam blander dan kisarkan.
- Rebus telur.
- Goreng garing telur yang telah masak direbus.
- Tumis bahan dan masukkan telur dan perasa.
- Siap.
Alhamdulillah, syukur untuk rezeki harini. Sekarang ni Fiza dah tak sanggup nak tengok TT tentang Palastine... Sakit dada Fiza dibuatnya. Apa yang mampu Fiza buat... Terus istiqomah mendoakan mereka di sana dan boikot sedaya yang boleh.
Wallahu'alam...
Sumber | Laman Che Nom
5 Comments
semua ada.. kecuali cili kering.. ldy xpernah guna cili kering.. ldy biasa ade cili yg dah lumat.. boleh la try buat lauk ni.. telur ada.. :D
ReplyDeleteFiza pun tak guna cili kering, sebab ada si bongsu yang tak tahan pedas. Fiza ubah sedikit resepi Che Nom nii...
DeleteSedap lauk ni Fiza...
ReplyDeleteSungguhlah, luluh hati tgk kesengsaraan saudara2 kita di sana. Besar dan berat sungguh ujian utk mereka , which is ujian utk kita juga, sejauh mana kita berusaha utk bantu mereka :(
nyaman mkn keda yea dgn nasi aja. sambal lut2 kat nasi, perrggh! nyaman!
ReplyDeleteSambal telur pun sedap sebenarnya, bertambah makan :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.