Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Shaitaan Movie, Lakonan Ajay Dafgan | Haritu masa di rumah mak, Fiza berkesempatan layan filem Hindi Shaitan dengan anak-anak buah. Ramai yang reviews filem ni best dan lain daripada yang lain. So far, memang lain dari yang lain pun... First, takde scene bercinta... Then, takde scene nyanyi-nyanyi sangat... Yang ada hanyalah tentang bagaimana ilmu sihir yang mampu memusnahkan sebuah keluarga. Semuanya gara-gara terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali tak sampai sejam pun.
SINOPSIS SHAITAAN 2024
Secara keseluruhannya, Filem ini mengisahkan tentang Kabir Rishi dan isterinya Jyoti serta anak-anak mereka iaitu Janhvi dan Dhruv yang dalam perjalanan bercuti di kediaman ladang mereka di kawasan bukit yang terpencil. Actually, Kabir merupakan sorang ayah yang sangat teliti dan berhati-hati... Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan anak-anaknya... Sampaikan nombor motor budak-budak lelaki yang hantar anaknya Janhvi balik ke rumah pun dia ingat.
Nak dijadikan cerita, sebelum mereka sampai ke destinasi yang hendak dituju... Mereka berhenti di sebuah kedai makan. Kat situlah bermulanya episode mereka mengenali sorang lelaki yang begitu ramah dan membantu Kabir bayarkan air... Mereka sempat berkenalan. Lelaki tersebut bernama Vanraj Kashyap. Dia sempat mempelawa Janhvi makan laddu miliknya. Tanpa fikir panjang, Janhvi makan laddu tersebut... Sekelip mata je, Janhvi berubah... Daripada sorang yang jarang habis makan... Menjadi sorang yang lahap. Ibu dan ayahnya kehairanan, tapi tidak pula fikir yang bukan-bukan. Selepas selesai makan, mereka meneruskan perjalanan.
Sampai di rumah, sekali lagi mereka dikejutkan dengan kehadiran Vanraj. Percutian mereka berubah menjadi mimpi ngeri apabila mereka membuat keputusan untuk membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah mereka.
Situasi semakin memburuk apabila dia mula berbual dengan Janhvi. Janhvi tunduk akan setiap perintahnya selepas diperdaya untuk menjamah laddu di kedai sebelum mereka sampai ke rumah. Pengakuan Vanraj mengenai agendanya untuk menghipnosis Janhvi dan menyeksa keluarga itu dengan kejam telah menganggugugat ketenangan seluruh ahli keluarga Kabir.
Akhirnya, keluarga tersebut berusaha untuk menamatkan kawalan lelaki tersebut sambil mencari motif sebenarnya. Apabila Kabir dan Jyoti sedar akan bahaya yang mengancam nyawa anak-anak mereka, mereka bersetuju untuk memenuhi kemahuan Vanraj dengan membiarkan Janhvi pergi bersamanya. Walaubagaimana pun, dalam diam Kabir menjejaki Vanraj dan telah mendapati rancangan sebenarnya untuk mengorbankan 108 gadis dalam sebuah upacara pengorbanan.
Kabir berjaya menggagalkan upacara tersebut dan membebaskan kesemua gadis yang terlibat... Termasuklah anaknya Janhvi. Sebelum polis berjaya mendedahkan Vanraj, rupanya Kabir telah mengambil langkah sendiri untuk menghukum Vanraj dengan mengurungnya seumur hidup di bawah tanah.
That it's...
Pada Fiza, filem ni so far so good... Banyak pengajaran yang diterapkan. Namun apa yang paling penting... Point utamanya, jangan mudah percaya kepada orang... Terutamanya yang baru dikenali lebih-lebih lagi pada zaman sekarang... Kekadang, yang dah kenal lama pun ada yang ambik kesempatan. Ini kan pulak yang baru kita kenal. Betul tak?
Korang dah tengok filem ni?
4 Comments
Belum tengok agik tapi dah 2 orang blogger polah review cerita tok so kelak bila time lipat baju la bukak movie tok hehe. Selalu tengok movie time lipat baju jak.
ReplyDeletedah acapkali baca sinopsis cerita ni, tapi sampai sekarang belum berkesempatan untuk tengok lagi...
ReplyDeleteMesti best filem ni
ReplyDeleteByk kmk nangga org review ceta tok tp kmk lom terbukak hati nk nangga... mala jak lalu lalang di netflix juak
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.