Assalamualaikum,
Selamat Petang.

BOLEH KE BELI FRAME TEMPAT LAIN, TUKAR CERMIN TEMPAT LAIN? | Post kali ni Fiza nak share sedikit tentang pengalaman Fiza membeli kerangka cermin mata di Shopee. Tapi, tukar kantanya di kedai berdekatan dengan tempat tinggal sendiri.

Beberapa bulan yang lepas...

Al-kisahnya, Fiza ni mudah sangat teracun dengan tiktoker. So, terbeli la kerangka cermin mata... Sebab ramai yang reviews kata cantik. Biasalahhh... Ayat menjual kena power. Kalau tak, macam mana orang macam Fiza ni nak mudah teracun untuk membeli. 🤭

Bila dah beli, cakapla kat suami... Yang Fiza nak tukar cermin mata. Encik suami ok je. Cumanya, kenalah tunggu bila ada rezeki. Bukan nak kata takde duit... Cumanya kena dahulukan keperluan lain yang lebih penting. So, kenalah bersabar..

Alhamdulillah, semalam... Setelah beberapa bulan yang ditunggu. Akhirnya, keinginan Fiza dipenuhi. Fiza tukar cermin mata di Kedai Betong Optic. If korang nak tahu di mana kedudukan kedainya... Boleh google ye. In Shaa Allah, ada je maps kedai tersebut.

Produk

Mula-mula, ingatkan tak boleh... Sebab beli frame di tempat lain. Rupanya... Fiza tukar mudah je, sebab tahun lepas pernah tempah cermin mata di kedai yang sama. Power pun masih sama. Then, silau pun masih sama. So, Fiza cuma dikenakan bayaran RM250 plus RM5 untuk lens cleaner sebotol. Untuk cermin, Fiza pilih 3 in 1... Iaitu anti UV, anti bluelight (silau daripada gajet) dan photogrey.

Kalau korang berminat dengan stails cat eye frame macam Fiza ni punya, korang boleh tengok di link https://s.shopee.com.my/1LKpiksNDR
okeh! Ada je pilihan warna lain. Yang Fiza pilih ni, warna hijau lumut.

So far, setakat ni di area Betong... Fiza suka dengan kedai Betong Optic ni... Sebab pertama, selalu buat promotion... Staff pun friendly. Before datang kedai... Fiza pernah je chat dengan dorang di messenger FB untuk survey harga. Ternyata, cepat je layanan dorang.

So, kesimpulannya... Kita boleh je beli frame cermin mata di shopee. Nak buat kanta yang ada degree, boleh tukar di mana-mana kedai cermin mata.

Okeh! Semoga bermanfaat.