Assalamualaikum,

Mei berlalu, Jun muncul tanpa sedar | Hurmmm... Dah berapa bulan tak update blog, Alih-alih kita dah pun berada di bulan Jun. Bulan ni merupakan bulan kelahiran Fiza. 😄... Lately, Fiza taip delete... Taip delete je post. Entahla, mood nak update blog macam dah jatuh gaung dah. Asyik cakap nak kembali berblog tapi takde lansung post terbaru. Menipuuu Fiza ni. Hahaha.

Info

Tapi takpe, kita pelan... Pelan pulihkan semangat okeh!. Oh! Ye, bercakap pasal bulan Jun ni... Fiza nak share la jugak tarikh-tarikh penting yang boleh kita take noted. So, kita bolehla rancang apa aktiviti yang kita nak buat sepanjang Jun ni.


Senarai Cuti Umum Bulan 6

1 Jun 2024 (Sabtu) : Perayaan Hari Gawai Dayak (Negeri Sarawak Sahaja)
2 Jun 2024 (Ahad) : Perayaan Hari

Gawai Dayak (Negeri Sarawak Sahaja)

3 Jun 2024 (Isnin) : Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
16 Jun 2024 (Ahad)  : Hari Arafah (Negeri Kelantan dan Terengganu sahaja)
17 Jun 2024 (Isnin) : Hari Raya Aidiladha (Semua Negeri)
18 Jun 2024 (Selasa) : Hari Raya Aidiladha (Hari Kedua) (Negeri Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu sahaja)
30 Jun 2024 (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah (Negeri Kedah sahaja)
Kemudian...

Sambutan Hari Kesedaran Sepanjang Jun 2024

5 Jun (Rabu) : Hari Alam Sekitar Sedunia
8 Jun (Sabtu) : Hari Lautan Sedunia
12 Jun (Rabu) : Hari Antarabangsa Menentang Pekerjaan Kanak-Kanak
16 Jun (Ahad) : Hari Penyu Sedunia
16 Jun (Ahad) : Hari Bapa (Ahad ketiga bulan Jun)
21 Jun (Jumaat) : Solstis Musim Panas
21 Jun (Jumaat) : Hari Muzik Sedunia
21 Jun (Jumaat) : Hari Kesedaran ALS Global (Global ALS Awareness Day)

bolehla nak rancang perjalanan nak ke mana-mana kan bila dah tahu tarikh cuti umum. So, Fiza rasa cukupla post kali ni di sini. Nanti ada masa Fiza update.