Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Sambal Serai, Terpengaruh Dengan Tiktoker | Semalam tengah Fiza scroll tiktok, tiba-tiba lalu di fyp Fiza pasal seorang cikgu Bidayuh niii... @sinokben Yang share menu sambal serai. Dalam hati Fiza terdetik la jugakkk... 'Sedap ke serai dibuat sambal?" Maybe Fiza kelihatan jakunnn di sinii... Yela, first time Fiza dengar pasal sambal serai.

Korang pernah makan sambal serai tak?

Fiza pulakkk... Seriously, memang tak pernah... Nak dijadikan ceritaa... Tak percaya punya pasal, Fiza google lagi sekali... Kot-kot la, ada jugak orang lain yang share maklumat mengenainya. 

Hasil daripada carian... Ternyata, ada je yang turut berkongsi tentang sambal serai. Malah ada yang siap jual online lagi. Ada bermacam-macam versions. Kenapa ek! Fiza tak tahu sebelum ni yang serai boleh diolah menjadi sambal. 🤔😂😂

Hurmmm...

Memandangkan di laman rumah mak Fiza banyak serai, semalam Fiza try la masak sambal serai mengikut resepi tersebut. Kebetulan Fiza di rumah mak... So, Fiza buat sikit je, takut tak sedap... Al-maklumlah first time nak mencuba, risiko gagal tuu... Tersangatlah tinggi. Kan?

Bila dah siap, Masa lunch... Fiza ajakla adik-beradik yang lain untuk merasa. Tak sangka sedapla pulak. Tu based on anak tekak kami lah ye. Lain orang, lain citarasa. Betul tak?

Resepi

Berikut resepi sambal serai yang Fiza gunakan.

First, ramuan yang diperlukan. Antaranya :-
  1. 8 batang serai dihiris dan ditumbuk
  2. Ikan bilis ditumbuk
  3. Bawang merah (agak-agak sendiri based on berapa banyak serai yang ditumbuk)
  4. Bawang putih (sama seperti bawang merah)
  5. Cili (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  6. Belacan
  7. Garam
Kemudian, cara masak pulak adalah seperti berikut :-
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan serai yang telah ditumbuk.
  5. Goreng sehingga kekuningan. Tambah garam dan gaul.
  6. Siap! 
Apa yang Fiza suka dengan sambal serai ni... Rasanya seperti lebih kurang rasa halia... Lebih-lebih lagi bila digoreng sampai garing. Then, aroma serai tu bila dah masakkk... Makkk aii... Semerbak! Boleh bangkitkan seleraa... Pada Fiza, tak rugi mencuba.

Adik siap mintak resepi. Kot-kot la  masa sebelum pantang bersalin nanti, dia nak buat sekali dengan halia goreng untuk dijadikan stok.

Ada masa...

Nanti Fiza nak buat balik. Tambahkan lagi cili... Confirm! mantolll. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi.

Alhamdulillah, di atas rezeki yang Allah S.W.T kurniakan.

#Resepi
#sambalserai