Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Set Mini Kitchen Dambaan Anak-Anak, Baik Atau Tidak? | Anak Fiza yang bongsu tak sekolah lagi. In Shaa Allah next year dia akan masuk prasekolah start umur 5 tahun. Jadi, agak sunyi jugaklah dia di rumah buat masa ni. Takde teman nak bermain. Nak elak dia layan handphone, Fiza dan suami selalu shopping mainan untuk dia. Beli di Shopee je. Harga pun murah.

Produk

Salah satu mainan yang dia suka adalah set mainan masak-masak. Kami bagi peluang untuk dia pilih sendiri di Shopee. Dah pilih, encik suami tinggal bayar je. If korang nak beli untuk gegirls korang jugak, bolehla usha di link di bawah yer. Mainan ni sangat sesuai untuk anak-anak yang berumur 3 tahun ke atas. Comel sangattt.


Biasalah anak-anak perempuan... Mainan masak-masak memang menjadi dambaan mereka senantiasa. Macam kita dulu jugak. Teringat Fiza... Dulu mainan mahallll... Kalau nak main masak-masak pun akan cari tin-tin kosong. Lepas tu buat tungku dapur sendiri. Siap bawa mancis kayu. Ambik rumput masakkk... Tak pun petik tanaman nenek. Real kauuu... Main mancis! Kadang tak reti nak balik bila dah ralit bermain dengan kawan-kawan.

Siapa pernah main masak-masak masa kecik kita geng. Hehehe... Rindu zaman kecik-kecik dulu kannn... Kreatif sungguh masa tu. Kadang kena marah dengan nenek Fiza punn ada. Mana taknya, habis tanaman nenek kena petik... Kononnya nak buat bahan untuk memasak. Apa-apa pun, semua tu tinggal kenangan yang akan diingat sampai bila-bila. Hurmmm...

5 KELEBIHAN MAINAN MASAK-MASAK KEPADA ANAK-ANAK

Pada Fiza, Mainan masak-masak ni mempunyai banyak kelebihan disebaliknya tanpa kita sedar. Tak kirala mainan tu moden atau tak. Kelebihannya tetap sama je, iaitu...

#1. Stimulasi Kreativiti
Mainan masak-masak dapat merangsang imaginasi dan kreativiti anak-anak ketika mereka bermain. Mereka dapat menciptakan berbagai resepi dan situasi bermain yang memungkinkan mereka untuk berekspresi.

#2. Pengembangan Keterampilan Sosial
Dengan bermain masak-masak, anak-anak belajar untuk berinteraksi dengan kawan-kawan atau ibubapa mereka, berbagi peranan dan berkomunikasi secara efektif. Hal ini membantu mereka memahami konsep kerjasama dan sekaligus membangun keterampilan sosial.

#3. Pengenalan Makanan dan Nutrisi
Melalui mainan masak-masak, anak-anak dapat diperkenalkan pada berbagai jenis makanan, memahami pentingnya nutrisi, dan belajar tentang cara memasak makanan secara menyenangkan.

#4. Pengembangan Keterampilan Motorik Halus
Saat bermain dengan peralatan masak mini seperti periuk, sendok, atau pisau mainan, anak-anak dapat mengembangkan keterampilan motorik halus mereka, seperti koordinasi mata dan tangan.

#5. Penguatan Bahasa dan Literasi
Mainan masak-masak juga dapat membantu dalam memperkaya kosakata anak-anak terkait dengan dunia masakan sehingga membawa kepada perkembangan keterampilan bahasa dan literasi mereka.

Dengan demikian, mainan masak-masak bukan hanya sebagai saranan hiburan, tetapi juga sebagai alat yang bermanfaat dalam mendukung perkembangan anak-anak secara menyeluruh.

Jadi, tak rugi kan sesekali belanja anak-anak beli mainan. Walaupun kadang-kadang ada orang fikir... Membazir je beli mainan zaman sekarang ni. Budak lebih suka main handphone.

Apa pandangan korang?