Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Anak Sakit Mata Dan Rawatannya | Pertama sekali, Fiza nak minta maaf sebab belum berkesempatan lagi untuk balas kunjungan korang. Semalam, kononnya nak update blog... Tapi, Tetiba pulak anak-anak tak sihat... Before tu, dapat mesej dari group whatsapp sekolah, mengatakan... Ada ramai budak demam. Hurmmm... Masa tu dah mula dah tak sedap hati. Tapi, Fiza tetap berfikiran positif.
Kisahnya...
Start Selasa, 9 Julai 2024... Bila Kak Alia dan Kak Ain balik... Petang ok lagi. Bila malam pulak, Alia dah start panas badan. Apa Fiza buat... Spray selalu badan dia dengan air dan letak cool fever sepanjang malam.
Ain pulak so far ok je. Tapi, pagi Rabu...Tetiba mata Ain naik merah. Fiza takdela terfikir yang dia akan sakit mata ke apa... Sebab bila ditanya... Kenapa mata nampak merah? dia jawab, cuma gatal je... Mungkin terlampau kerap menggosok kot... Tu yang jadi merah.

Alia pulak... Alhamdulillah, panas badan pun dah surut. Tapi masih lagi pening. Mula tak nak bagi dorang ke sekolah, tapi haritu... Kak Alia ada rakaman untuk pertandingan bercerita pulak. Ain pun ke sekolah macam biasa.
Top-top dalam jam 10 pagi... Dapat mesej dari tahun 6 dan tahun 4. Ada cikgu yang inform... Di mana terdapat 3 orang pelajar yang diarahkan balik, gara-gara mata merah. Ahhh! Sudah. Ain pun kena jugak... Disebabkan takde transport nak pickup dia, akhirnya cikgu kuarantinkan Ain dan kawan-kawannya di surau sekolah sementara menunggu waktu balik. Nasib baik satu sekolah tempat suami mengajar, so encik suami bolehlah pantau keadaan Ain.

Balik belah petang, encik suami yang tolong bawakan Ain ke klinik kesihatan berdekatan. Kenapa tak Fiza je yang bawak? Masa tu dah dalam pukul 3 lebih... Dengan tak solat Asar lagi, pastu tak masak lagi untuk makan malam. So, encik suami tawarkan diri.
Alhamdulillah, doktor kata mata Ain baru nak start merah... So, doktor bagi ubat dan cuti selama 5 hari bermula semalam. Maknanya, kalau dah ok nanti... Isnin atau Selasa minggu depan, Ain dah boleh ke sekolah semula. Syukur... Urusan rawatan untuk mata Ain dipermudahkan. Alhamdulillah...
Jadi...
Nak kongsikan jugaklah tentang masalah mata sakit dan merah ni di sini... Sebagai ilmu kita bersama. Semoga ianya memberi manfaat buat semua hendaknya. Aamiin...
Berdasarkan sumber, mata merah tak merbahaya... Tetapi, sekiranya simptom semakin teruk... Kena jugak bawa jumpa dengan doktor. Dulu masa Fiza form 1 pernah jugakla sakit mata dan merah. Masa tu hampir seminggu jugaklah baru sembuh. Masa tu tak bawak pun ke hospital atau klinik... Rawat sendiri je. Cuma tula... Agak lambat membaik. Fiza Just letak eye drop sahaja. Masa tu... Fiza masih remaja, takut nak ke hospital. 🤣🤣
Jap! Dulu pernah tak korang dengar... Yang air kencing kita sendiri boleh mengubati sakit mata. Siapa pernah try, bolehla sharing di ruangan komen. Nak jugak tahu pengalaman korang macam mana? 🤭
Mak Fiza pernah sarankan masa tu, Tapi Fiza takut nak try.
Sekarang lagilah. Bila dah ada anak ni...
Risau semacam kan bila anak-anak jatuh sakit, cepat-cepat bawak ke hospital atau klinik. Lagi-lagi zaman sekarang ni... Macam-macam penyakit ada... Kan?
Actually...
Menurut doktor, mata merah ni disebabkan oleh pelbagai faktor. Melihatkan pada keaadaan Ain dan simptom yang dialami, Ain dikatakan mengalami Konjuntivitis yang boleh berjangkit.
Konjuntivitis merupakan salah satu penyebab mata merah yang paling sering terjadi. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti infeksi virus atau bakteria. Tak pun disebabkan oleh alergi dan iritasi pada mata. Konjungtivitis yang disebabkan oleh infection dikatakan boleh berjangkit dengan orang lain. Manakala yang disebabkan oleh alergi atau iritasi pula dikatakan tidak berjangkit.
Cara Mencegah Dan Mengubati Mata Merah
So, doktor jugak menyarankan beberapa tips cara bagaimana kita nak cegah dan jugak mengubati penyakit ni. Antaranya :-- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih setelah melakukan kontak dengan orang yang ada infeksi mata.
- Hentikan kebiasaan menggaru mata.
- Kurangi aktiviti yang membuat mata menjadi letih dan jauhi bahan atau partikal yang dapat mengiritasi mata.
- Bersihkan wajah setelah menggunakan make-up, terutama di area mata.
- Cuci mata dengan air bersih jika mata terkena debu atau partikel asing.
- Gunakan kaca mata khusus, terutama jika sering melakukan aktiviti di luar rumah untuk melindungi mata dari paparan sinar matahari dan debu.
Untuk rawatan pulak, biasanya bergantung kepada keadaan semasa kita. Untuk Kak Ain, doktor bagi ubat titis antibiotik Chloramphenicol 0.5%... Di mana dititiskan ke dalam mata sebanyak 2 titisan, 3 kali sehari. Selepas sebulan dibuka, ubat kenalah dihapuskan.
Demikianlah serba sedikit tentang masalah mata yang anak Fiza alami. Akhir kata... Nak cepat membaik, better jumpa mereka yang pakar mengenainya.
Sumber | alodokter
12 Comments
Adehhhh..Terseksa rasa sakit mata ni...Pernah kena sekali..Pegi klinik kena chrg smp RM160 =(
ReplyDeleteOh! Mahal jugak ek. Klinik swasta ke?. So far, dua hari start rawatan... Mata Kak Ain dah semakin ok dah. Alhamdulillah...
DeleteKaaak yg masalah air kencing, saya tak berani coba 🤣🤣🤣. Memang pernah baca air kencing dipakai untuk pengobatan. Tapi yg saya baca diminum. Bukan tetes ke mata 😅. Takut pula makin merah kan 🤭.
ReplyDeleteDiminum? Lagi dahsyat. 😂
Delete
ReplyDeleteMesti tak selesa kan..sian dia..Semoga cepat sembuh
Alhamdulillah Aini, lepas 3 hari on ubat. Ok dah.
Deletesemoga semua cepat sembuh k. eehh sik lah kamek mau kencingkan mata sdiri, biarlah guna ubat spital. hahaaa
ReplyDeleteKan... Kinek lagik lah takut. Macam-macam jak penyakit.
Deletesekarang ramai sungguh anak-anak demam... pernah juga terfikir.. sekiranya ada 'klinik' di sekolah yg dijaga oleh seorang doktor.. hanya just buah fikiran shj ..
ReplyDeleteKan? Idea yang bagus tu. Sekurang-kurangnya budak yang dikenalpasti ada simptom penyakit boleh terus balik bila ada doktor yang periksa di sekolah.
DeleteAwal sesi sekolah tahun lepas, sekolah khilfi pun ramai yg sakit mata dan dibenarkan balik asrama. Yg dia ni pun masa tu nak balik juga sbb homesick jadi punyalah panjang akal, dia saje je dgn kawannya duduk dekat dengan budak yg patutnya kuarantin sementara tunggu parents dtg jemput. Sudahnya dia pun terjangkit
ReplyDelete😂😂😂 khilfi²... Saja ek! Jadi boleh balik jugak.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.