Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

BEST KE DRAMA DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU? SAMPAIKAN SUAMI LAYAN | Actually, semenjak sakit... Fiza dah tak pernah tidur lewat. Paling lewat pun jam 9 malam. So, memang dah tak layan dah slot megadrama. Tapi, encik suami pulak suka layan drama sekarang ni... Katanya best jalan ceritanya. Hurmmm... Walaupun encik suami bagi feedback kata drama tu bagus. Fiza still tak layann pada mulanya la... Lebih-lebih lagi first weeks penayangan.

Drama

Oleh kerana, tak nak tidur lewat... Tapi nak jugak try layan drama ni. Fiza pilih untuk menonton di slot siaran ulangan, pada jam 4 petang hari berikutnya. Zaman sekarang senang... Tak boleh tengok on time, boleh record kalau tak nak tunggu siaran ulanganMalah, boleh jugak cari di medsos. Kan? Betul tak?

Hurmmm...

Pertama sekali, drama ni merupakan sebuah drama adaptasi dari novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria 104. Drama ni jugak akan bersiaran selama 24 episod, bermula 1 Julai 2024 lepas. Mean, sekarang ni dah masuk minggu ketiga dah drama ni bersiaran.

Kemudian...

Antara barisan para pelakon yang terlibat dalam drama ni adalah seperti Harissa Adlynn Halim yang membawa watak Intan Samad. Redza Rosli sebagai Assad Effendi. Kael Noah sebagai Ismadi sebagai Ismadi. Saidah Kamarudin sebagai Rubiah. Faya Kushairi sebagai Jamaliah atau Kak Lia. Razman Mahayuddin sebagai Suratman. Aleza Shadan sebagai Marina dan Esma Danial sebagai Khairuddin.

Kemudian, secara ringkasnya... Drama ini mengisahkan tentang Intan Samad. Seorang gadis kampung, anak yatim piatu yang tinggal dengan ibu saudaranya. Selama tinggal dengan ibu saudaranya, Intan diperlakukan seperti orang gaji. Malah selalu kena pukul dengan ibu saudaranya. Pendek kata, Intan terpaksa menjalani kehidupan yang sangat derita.

Walaubagaimana pun, disebabkan satu kejadian... Intan terpaksa berkahwin dengan seorang doktor muda bernama Assad Effendi. Ingatkan kisah hidup derita Intan akan berakhir setelah berkahwin, sebaliknya dia diperlakukan jugak seperti orang gaji oleh suaminya sendiri. Perasaan dendam dan tidak puas hati Assad tiba-tiba hilang apabila melihat isterinya tetap tabah dan sabar menghadapi segala perilaku kasarnya.

Tapi...

Kerana ego yang tinggi, Assad masih mahu memendam perasaannya. Namun, kesabaran seseorang ada hadnya. Intan melarikan diri dari Assad. Apakah pengakhiran kisahnya, kena tunggu episod akhir.

So, Pandangan Fiza mengenai drama nii...

Setakat episod 10 semalam, Pada Fiza... Drama ni biasa-biasa je. Biasalah drama Melayu. Bolehla layan kalau nak. Cumanya, Fiza suka tengok gandingan para pelakon dalam drama ni. Part yang tak best, watak yang dibawa oleh Aleza Sahadan yang membawa watak Marina. Jarang tengok makcik janda tua goda anak buah sendiri dalam drama. Watak dia memang menjadi, gedikkk merenyam... Alahai!

So far, not bad la drama ni. Nak kata membosankan tak jugak. Pendek kata, bolehhh la. 😉😊

Korang tengok tak drama ni? Kalau tengok, bolehla share pandangan korang di ruangan komen yeah!

Have a nice day. 👐

Sumber | Myinfotaip