Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Buat Sendiri Bergedil Tauhu Ayam | Kisah weekend lepas... Disebabkan anak-anak dah lama tak makan bergedil, kebetulan semua bahan ada... So, Fiza merajinkan diri buatkan bergedil untuk anak-anak.
Untuk cara membuatnya pulak... Pertama, kisarkan tauhu hingga halus. Ayam pun sama jugak, kisar sampai halus. Bawang merah dan bawah putih pun kisar halus. Then, campurkan semua. Tambah 2 biji telur, masukkan daun bawang, serbuk lada dan garam. Kalau nak tambah hirisan lobak merah pun boleh. Disebabkan Fiza takde, Fiza hanya letak daun bawang sahaja. Bila semua dah digaul rata, bolehla kukus selama 40 minit. Dah masak, nak goreng... Kena potong terlebih dahulu dan salutkan dengan telur. Dah boleh goreng. Ada jugak yang buat salutan guna serbuk roti. Fiza nak elak guna tepung, so Fiza salut guna telur je... Pun dah ok.
Mudah kan?
Selamat Petang.
Buat Sendiri Bergedil Tauhu Ayam | Kisah weekend lepas... Disebabkan anak-anak dah lama tak makan bergedil, kebetulan semua bahan ada... So, Fiza merajinkan diri buatkan bergedil untuk anak-anak.
Bahan Untuk Bergedil Tauhu Ayam
Antara bahan yang diperlukan untuk buat bergedil tauhu ayam adalah seperti tauhu 5 ketul, isi ayam agak-agak 400gram macam tu. Lagi banyak lagi sedap. Kemudian, beberapa biji bawang merah dan bawang putih. Hirisan daun bawang, lada putih, 2 biji telur dan sedikit garam sebagai perasa.Untuk cara membuatnya pulak... Pertama, kisarkan tauhu hingga halus. Ayam pun sama jugak, kisar sampai halus. Bawang merah dan bawah putih pun kisar halus. Then, campurkan semua. Tambah 2 biji telur, masukkan daun bawang, serbuk lada dan garam. Kalau nak tambah hirisan lobak merah pun boleh. Disebabkan Fiza takde, Fiza hanya letak daun bawang sahaja. Bila semua dah digaul rata, bolehla kukus selama 40 minit. Dah masak, nak goreng... Kena potong terlebih dahulu dan salutkan dengan telur. Dah boleh goreng. Ada jugak yang buat salutan guna serbuk roti. Fiza nak elak guna tepung, so Fiza salut guna telur je... Pun dah ok.
Mudah kan?
Daripada bagi nugget yang ada di pasaran, better buat bergedil sendiri ala-ala nugget ni, confirm anak-anak suka. Fiza suka makan bergedil stail macam ni dengan sambal kicap. Sedaaaappp sangat. Alhamdulillah...
Actually, Fiza dah banyak kali repeat buat. Cumanya, baru sekarang teringat nak share di sini bila tertengok gambar di dalam galeri phone. Sebelum kena delete, better update di sini... Sekurang-kurangnya ada jugak bahan nak bercerita. Kann?
Oh! Ya, satu info pasal tauhu ni. Ada orang kata... Siapa yang ada masalah tiroid, kena elakkan... Sebab ianya berasaskan soya. Kalau makan, boleh menyebabkan letih, lesu dan lemah dalam masa yang sama.
Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam.
Setakat ni untuk Fiza... So far ok je. Lagipun Fiza makan dalam kuantiti yang sedikit. Buat raso-raso. Hehe...
Kalau korang ada pengalaman, share la di ruangan komen yea. Siapa tahu... Ada yang tak boleh makan tauhu lansung.
Terima kasih...
6 Comments
Senang ye, boleh PH try nanti. Dekat rumah ni takde yg gemar tauhu itu yg jarang beli tauhu. Macam tauhu sumbat tu PH sorang je makan huhu...
ReplyDeleteHopefully semuanya okay ye Fiza. Kalau takde kesan boleh je makan kan. Asalkan berpada²
selalu beli bergedil dekat pasar malam je tapi dapat resepi mudah mcm ni boleh la nak try.
ReplyDeleteTak pernah buat sendiri. Baru ni beli la nak try rasa. Tak berapa sedap. Nanti boleh la try buat sendiri ikut citarasa sendiri.
ReplyDeleteSedapnya... Boleh try juak tok.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Fiza sekeluarga 🌸 Semoga 🇵🇸 beroleh kemenangan tahun ni 🤲🏻
Di sini sebutnya perkedel. Sama saja tapi. Saya sendiri lebih sering buat yg perkedel kentang daripada tahu. 2-2 nya suka, tapi kalo anak saya LBH suka yg kentang. Krn itu tahu jarang buat. Hanya saya yg makan soalnya 😄
ReplyDeletekmk pernah polah juak bergedil tauhu dikpun tapi nakkkk.... time baru beranak 2 dolok... ahahaha... pasya malas, nyaman gik ngoder.. hahaha
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.