Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Check Darah Lagi Dan Kisahnya | Begitulah rutin bila mana kita dah start on ubat dari Klinik Kesihatan. Alhamdulillah, sekarang ni Fiza masih lagi follow up untuk hipertiroid. 1 Julai... Isnin pagi, Fiza buat blood test untuk tengok balik darah Fiza macam mana setelah sambung makan ubat carbimazol sebiji sehari dan propanolol ½ biji 2 kali sehari untuk tempoh 3 bulan. Adakah TFT dalam paras normal atau sebaliknya. Nak tahu keputusan, next TCA pada 16 Julai nanti. Semoga keputusannya baik-baik aje hendaknya. Aamiin...

Kesihatan

Sepanjang menunggu giliran, pelbagai ragam manusia yang Fiza jumpa. Paling kesian, ada warga emas yang datang bersendirian tanpa teman. Terkial-kial tak tahu nak buat apa. Nasib baiklah staff Klinik Kesihatan tempat Fiza baik-baik belaka. Masuk je, belum sempat orang lain nak tolong... Terus disapa oleh Medical Assistant...

Kita tak tahu kenapa mereka datang tidak berteman. Tak perlu nak overthinking... Husnuzon adalah jalan terbaik. Apa yang dapat Fiza katakan... Dalam hidup ni, kita diuji dengan pelbagai perkara. Kekadang benda macam tu pun ujian buat kita yang ada pada masa kejadian. Adakah kita akan hulurkan bantuan atau biarkan sahaja. Tu pun bentuk ujian jugak. Betul tak?

Tak kurang jugak... Ada yang ulang-alik pergi kaunter tanya bila giliran dia. Hurmmm... Satu lagi bentuk ujian. Adakah kita sabar untuk menunggu. Kekadang dek kerana kurang sabar, kita salahkan orang lain... Kata, Kerja lambat la, datang lambatlah... Pendek kata, banyak betul andaian yang kita buat. Padalah kita tak tahu pun apa yang sedang staff lalui. Belajarlah untuk lihat dunia ini dengan pandangan yang berbeza. InShaa Allah kita tak akan cari salah orang. Betul tak?

Gituuu...

Alhamdulillah, urusan Fiza dipermudahkan. Tak sampai setengah jam menunggu, giliran Fiza pulak dipanggil. Tak lama mana pun. Tak sampai 10 minit, dah settle ambik darah. Then, terus balik... Disebabkan haritu encik suami ambik Cuti Rehat Khas (CRK), so... Dialah yang pergi hantar dan ambik.

Next TCA, maybe Fiza jalan kaki kot. Hehe...