Assalamualaikum,
Selamat Petang.
ISU BUDAK MENINGGAL AKIBAT TERCEKIK GUMMY | Sehari dua ni kecoh pasal isu berkaitan dengan keselamatan anak-anak, terutamanya tentang seorang budak yang meninggal dunia gara-gara tercekik gummy. Salam takziah buat ahli keluarga kanak-kanak tersebut. Kalau nak difikirkan, tak logik kan... Budak 10 tahun boleh tercekik. Walaubagaimana pun, Bila Allah dah berkehendak, siapa kita untuk menidakkannya. Betul tak?
Teringat pulak Fiza dengan seorang uncle cina ni, Duh! Lupa pulak nama uncle tu. Tapi, ni kisah rakan sekerja bapak Fiza. Tak silap masa tu umur uncle tu awal 40-an, meninggal disebabkan tercekik kuih apam balik. Bila difikirkan... Macam mustahil je kan, orang dewasa boleh tercekik. Tapi, ajal maut semuanya Allah dah tentukan. As a muslim, kita kena redha dengan ketentuanNYA. Allahu Akhbar... Tak dapat Fiza bayangkan, macam manalah parents budak tu. Dahla sekolah baru bermula. Hurmmm...

![]() |
Sumber dari therakyatpost.com |
Hanya Allah je yang tahu perasaan mereka. Kan!
Berbalik pasal gummy tu, memang dari benda tu viral lagi Fiza dah larang anak-anak untuk membeli... Selalu ingatkan anak-anak gummy tu tak elok untuk dimakan dan sangat membahayakan. Boleh menyebabkan tercekik. Tengok... Sekarang dah terbukti pun. So, semalam Fiza pun tunjukkanlah jugak kepada anak-anak tentang kisah budak yang tercekik gummy tu, supaya mereka lebih percaya bahawa apa yang Fiza selalu cakap sebelum ni adalah betul dan bukannya main-main.
Bukan setakat tercekik. Tapi boleh bawa penyakit lain di kemudian hari, sekiranya hari-hari makan gummy. Kenapalah gummy tu dicipta ek! Fiza tak suka betul dengan pattern gummy yang ada sekarang ni... Menakutkan!!! Terutamanya yang macam bola mata tu. Kedua, warna pada gummy tersebut. Tersangatlah menyerlah. Confirm! Banyak bahan kimia yang diperlukan untuk menghasilkannya... Betul tak?
Siapalah kita untuk melarang para penjual. Apa yang penting kita kena pantau anak-anak, tak kiralah dari segi makanan mahupun yang lainnya. Kita ada pilihan. Samaada nak beli atau tak. Nampaklah jugak beberapa seller yang jual gummy kena hentam oleh netizen dalam live di tiktok beberapa hari kebelakangan ni. Sian dorang... Siap ada yang suruh boikot lagi.
Pada Fiza tak perlulah kita nak hentam orang semata-mata isu tersebut, sebaliknya... Cukuplah sebagai peringatan buat sendiri. Kena ingat, adab dahulu ilmu kemudian. Apa-apa pun semuanya tentang pilihan. Setiap orang ada pilihan ye. Kalau baik yang kita pilih, In Shaa Allah yang baik jugak datang dalam hidup kita. Begitu jugak sebaliknya. Wallahu'alam.
Akhir sekali...
Fiza nak tanya, korang pernah makan gummy. Sedap tak? Fiza tak pernah mencuba, that why tanya. 🤭
#kisahgummy
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.