Assalamualaikum,
Selamat Petang.

KEMASUKAN KE PRASEKOLAH BAGI SESI 2025/2026 | Isnin, 17 Februari 2025 merupakan hari pertama persekolahan untuk anak bongsu Fiza. First time berpisah dengan Fiza. Sebelum ni tak pernah pun di hantar ke mana-mana tempat seperti taska ataupun tadika. Apakah reaksi dia bila masuk kelas? Itulah yang selalu bermain di fikiran Fiza.

Prasekolah

Alhamdulillah, harini merupakan hari kelima persekolahan Nur Dhiya. So far, untuk hari pertama dan kedua persekolahan... Nur Dhiya menangis tapi tak lama pun. Cikgu berjaya pujuk dia. Siap hantar gambar lagi di group whatsapp. Untuk hari ke tiga dan keempat takde drama dah. Lepas peluk cium dengan Fiza, dia terus duduk di tempat duduk dia.

Actually, Nur Dhiya bersekolah di tempat sama dengan encik suami mengajar. Tapi, disebabkan permintaan dia... Untuk minggu pertama, Fiza yang akan hantar. Untuk next week, dia janji... Yang dia akan ikut ayah dan si kakak. Kak Ain tahun ni darjah 5 dah. In Shaa Allah, akan menduduki UPKK. Semoga kejayaan milik kak Ain hendaknya. Aamiin...

Berbalik kisah si adik...

Dalam kelas adik, ada 25 orang pelajar. Sepanjang minggu ni, ada masa Fiza jalan kaki je sebab encik suami masih lagi ulangalik ke sekolah lama untuk serah tugas. Jarak dari rumah lebih kurang 10 minit je. Dalam perjalanan tula si adik tak habis-habis bercerita pasal sekolah. Sampaikan tak perasan pun dah sampai ke rumah. Cerita dia berkisar tentang kawan dia, menu sarapan, belajar apa... Kekadang tu terselit aduan, katanya ada budak tak dengar kata cikgu... Tak reti duduk diam. Dalam dia asyik bercerita, sesekali Fiza berseloroh... Ye ke? Ke adik yang nakal. Tapi dia menepis malah bermati-matian menjawab... Katanya, dia tak nakal pun. Yang tu no komen. Biar cikgu yang tahu. So far, setakat minggu pertama... Takde lagi drama tak nak ke sekolah. Semoga ianya berterusanlah hendaknya. Aamiin...

Alhamdulillah, settle untuk perpindahan sekolah anak-anak. Semoga anak-anak diberi keterangan hati untuk ilmu yang mereka pelajari. In Shaa Allah. 

#prasekolah