Assalamualaikum,
Selamat Petang.

DRAMA SERIBU TAHUN DARI RADIUS ONE | Dua tiga harini asyik lalu lalang je di wall facebook Fiza tentang drama terbaru yang akan ditayangkan pada bulan puasa nii. Drama tersebut berjudul seribu tahun, dan di bawah arahan pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin. Ala, pengarah drama Nur. Ingat lagi tak... Drama yang pernah menjadi fenomena pada bulan puasa tahun 2019... Watak Azhan Rani sebagai Ustaz Hamadi famous masa tu. Dialah tu.

Selain drama Nur, Drama Khunza jugak arahan dia. Pun best jugak ceritanya, cuma tak tahu bila siri 2 akan ditayangkan.

Drama

SINOPSIS SERIBU TAHUN

Berbalik kepada Drama Seribu tahun, actually... Drama ini mengisahkan tentang kisah cinta antara Syukri dan Nur yang serba sederhana tapi tinggi nilai cinta mereka. Syukri membuktikan bahawa masih wujud cinta sejati seorang lelaki pada isterinya yang serba kekurangan. Nur isteri yang lembam dan tidak boleh beranak kerana penyakit sindrom turnernya.

Walaupun begitu, cintanya diuji dengan kehadiran Puteri Imaan Suhana. Perempuan yang cukup sempurna. Pun begitu, cinta Syukri terhadap Nur tidak sedikit pun goyah. Malah bertambah kuat sehingga menimbulkan rasa cemburu dan dengki pada Imaan. Dek kerana rasa tersebut, Imaan sanggup melakukan apa sahaja demi meraih cinta Syukri.

Walaupun perkahwinan mereka goyah oleh kehadiran Imaan, Namun Nur tetap kuat walaupun payah. Dalam kepayahannya, Nur cuba memahami apa niat sebenar wanita yang dianggapnya sebagai adik. Nur sedar yg dia perlu berjuang menyelamatkan cintanya yang cuba di rosakkan oleh manusia narsistik seperti Imaan yang rosak gara-gara dendamnya dengan mamanya sendiri. Apakah kesudahan drama ni, kenalah tengok. 🤭

Kemudian...

BARISAN PELAKON DAN WATAK

Tengok barisan pelakon dan watak yang mereka pegang... Bukan calang-calang ye. Pada Fiza gandingan yang mantap. Silap-silap boleh jadi top drama untuk this year. Hehe... Betul la, cuba tengok senarai pelakon kat bawah, semua best.
  1. Azhan Rani sebagai Syukri
  2. Noorkhiriah sebagai Nor
  3. Emma Maembong Imaan Suhana
  4. Laila Nasir sebagai Dato Norish
  5. Kael Noah sebagai Muhammad
  6. Ziema Din sebagai Datin Sofea
  7. Ali Reza sebagai Azrul
  8. Nazrief Nazri sebagai Doktor Azhar
  9. Zarif Ghaz sebagai Fakhrul
  10. Didie Alias sebagai Kak Oyen
  11. Azrul Zaidi sebagai Beego
  12. Elly Suhaili sebagai Cik Idah
  13. Norreen Ima sebagai Nurse Zah
  14. Ieda Moin sebagai Ika
  15. Amy Nur Tinie sebagai Gina
  16. Shyrim sebagai Dato Karim
  17. Ashraf Muslim sebagai Dr Nizam
  18. Ayra Az Zara sebagai Nor (sewaktu kecil)
So far dah masuk episod 2, Fiza tak berkesempatan lagi untuk menonton. Tapi dah nampak dah videonya di telegram. Hehe... Korang dah tengok drama ni? Best tak?

#dramatv3
#seributahun