Assalamualaikum,
Selamat Petang.
KEJADIAN PADA MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN | Tak tahu nak start dari mana, tapi nak jugak share kisahnya di sini supaya satu hari nanti adik boleh baca kisahnya sendiri di sini. Tu pun kalau blog ni masih wujud. Biar pun Fiza tak post gambar dorang... Cukuplah dikenali dengan panggilan adik. Alhamdulillah, adik dah start suka ke sekolah. Hari-hari bangun awal. Syukur dipermudahkan urusan untuk menghantar adik ke prasekolah. Nak dijadikan cerita, dalam jam 10 pagi hari Rabu minggu lepas... Cikgu adik whatsapp mengatakan bibir adik luka. Siap hantar gambar sebagai bahan bukti, Kononnya terhantuk di kepala kawan dia. Cikgu siap tanya, dia nak balik ke tak. Tapi, adik tak nak balik... Konon-kononnya takde yang serius. Hebat adik still nak stay event bibir dah luka berdarah.
Dalam hal ni, Fiza pilih untuk cool. Tak pernah nak overthinking, yang hanya Fiza fikirkan... Situasi tersebut biasa di kalangan anak-anak. Fasa dorang nak explore dan melasak. Mungkin adik lupa pesanan Fiza supaya tak berlari di dalam kelas. Kan! Husnuzon itu yang terbaik.
Walaubagaimana pun...
Tak sampai sejam cikgu call lagi bagitau adik nangis dan mengadu tangan kanannya sakit sangat-sangat. Cikgu takut sangat kalau-kalau tangan adik patah sebab nampak sedikit membengkak di bahagian sikunya dan sakit bila digerakkan. Nasib baik encik suami takde kelas masa tu. Dia minta kebenaran untuk hantar adik balik. So, kami terus bawa adik ke klinik kesihatan berdekatan. Syukur urusan dipermudahkan, mungkin disebabkan nampak adik masih berbaju sekolah dan ada kesan darah di baju... Kami terus di bawa berjumpa dengan doktor. Doktor reviews ... Kemudian dia cuma bekalkan ubat paracetamol. Takde ciri-ciri patah tapi terseliuh. Doktor pesan suruh tuam dengan ais.
Singgah rumah mak kejap, mak terus ambil daun mengkudu lalu dilayurkan. Mak kata, daun mengkudu bagus untuk ubati seliuh. So far, harini dah hari ketujuh adik terseliuh. Nampak dah ceria dah walaupun tangan masih sakit. Tapi dah boleh digerakkan sikit-sikit la.
Orang kata, kalau seliuh kena urut.
Kalau dulu-dulu senang je nak dapatkan tukang urut untuk seliuh. Sekarang ni susah betul. Kalau ada pun, urut gitu-gitu je. Tak mahir sangat. Kalau korang, bila ada family members yang terseliuh. Lepas tu tempat terseliuh tu membengkak, korang buat apa? Share la, mana tau boleh membantu di masa akan datang. 🤭
Minggu ni... Adik asyik tanya bila dia nak ke sekolah. Sian pulak... Kat rumah takde kawan, that why la semangat lain macam bila dah start sekolah. In Shaa Allah, lusa dia akan kembali ke sekolah.
#anakseliuh
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.