Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

SALAM RAMADAN 2025 | Alhamdulillah, baru lepas sahur. Post ni pun Fiza dah siap-siap buat semalam. Pagi ni just autopublish je. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi... Kerana dengan limpah kurnianya sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang mulia. Pertama sekali Fiza nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Semoga puasa kali ni lebih baik dan bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Selain tu, Fiza jugak nak ambil kesempatan yang ada ini untuk memohon ampun dan maaf seandainya pernah terkasar bahasa semasa berkomentar di ruangan komen korang. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tak elok tu datangnya dari kelemahan diri Fiza sendiri. Wallahu'alam...

Ucapan

Tahun ni, encik suami dan anak-anak dah pindah ke sekolah berdekatan dengan tempat tinggal kami. Kalau naik kenderaan, lebih kurang 5 minit je dari rumah jika nak dibandingkan dengan sebelum ni yang mana mengambil masa kurang lebih sejam dari rumah. So, bila bulan puasa dan anak-anak ada KAFA... Auto balik petang sampai rumah pun waktu berbuka. Memang penat la. 

Alhamdulillah, rezeki tahun ni dapat pindah sekolah. So, memang boleh sampai ke rumah awal la jawabnya. Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doa-doa hambaMU yang kerdil ini. Tahun ni, In Shaa Allah kami akan berkumpul di rumah mak untuk berbuka. Tapi takde la setiap hari. Ada kelapangan... In Shaa Allah kami akan berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Itu antara perancangan kami untuk berbuka. Untuk juadah berbuka pula... Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami lebih memilih untuk memasak sendiiri dari beli. Kalau nak beli pun sama... Sekali sekala je. Kenapa? Tak perlu la Fiza nak jelaskan... Sebab, masing-masing ada pandangan masing-masing. No right no wrong. Masing-masing ada pilihan. So, tak perlula kita nak pertikaikan kenapa orang tu pilih masak sendiri. Kenapa orang ni nak pilih beli di bazaar Ramadan. Ok! Settle...

Part ibadah pulak, kita dah buat jadual routine sepanjang Ramadan. In Shaa Allah target tahun ni nak khatam Al-Quran lagi. Tips yang pernah Fiza praktikkan ialah setiap kali lepas solat akan disambung dengan mengaji Al-Quran. 1 hari 1 juzuk. In Shaa Allah...

Semalam sempat jugak kemas rumah dengan suami dan anak-anak. Nanti masa bulan puasa takdelah sibuk sangat nak mengemas. Anak-anak pulak dah tak sabar nak berpuasa. Semoga Kak Ain boleh tamatkan puasa tahun ni. Kak Alia pulak akan ada cutinya. Manakala si bongsu seperti biasa masih berlatih untuk berpuasa. Setakat ni dia boleh dah tahan sampai jam 11 pagi. Tapi takdelah setiap hari. Tak nak paksa adik... Umur pun 5 tahun, apa yang penting dia nak puasa secara sukarela

Apa-apa pun, salam ramadan untuk korang. Fiza rasa cukup kot sampai sini. Nanti ada masa Fiza update okeh! 

#puasa2025